Mohd Noor HussinRosni WazirKamal Azmi Abd Rahman2024-05-272024-05-2720212021-11-251823-71262473-4https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3348Pandemik COVID-19 telah mencipta kehidupan baru atau pun the new normal yang mana teknologi dan internet bukan lagi pilihan tetapi keperluan. Dalam bidang pendidikan, terutamanya di peringkat pengajian tinggi, hampir semua hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pengurusan kelas dilakukan secara atas talian sepenuhnya. Walaupun pembelajaran atas talian mempunyai pelbagai kelebihan, kaedah pembelajaran ini merupakan sesuatu yang baru bagi program Pengajian Islam di kebanyakan insititusi pengajian tinggi. Oleh itu, kajian awal ini dijalankan terhadap mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tentang perlaksanaan pembelajaran atas talian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang akan meninjau pandangan responden dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian menggunakan kaedah pensampelan rawak dan responden adalah terdiri daripada 191 orang mahasiswa yang mengikuti program Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Data yang dikumpul dianalisis dan akan diberikan interpretasi mengikut nilai min. Kajian mendapati bahawa mahasiswa Pengajian Islam di KUIS berpandangan bahawa perlaksanaan kaedah pembelajaran atas talian adalah sederhana dengan skor min 2.83 (sp=1.142). Oleh itu, terdapat ruang yang boleh ditambah baik agar pembelajaran atas talian dapat berjalan dengan efisyen di masa hadapan.Pembelajaran atas talian, mahasiswa, Pengajian Islam, KUIS, COVID-19Kajian Awal Tentang Perlaksanaan Pembelajaran Atas Talian dalam Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)Preleminary Studies on The Implementation of Online Learning among Islamic Studies Students at International Islamic University College of Selangor (Kuis)Article148159141