Ahmad Fuad Mohamad AminNurul Atikah AnuarAhmad Zaki Mohamad Amin2025-10-102025-10-102025Ahmad Fuad Mohamad Amin, Nurul Atikah Anuar& Ahmad Zaki Mohamad Amin. (2025). Membentuk Identiti Diri Remaja Era Digital: Analisis Pengaruh Media dan Teknologi Terhadap Jati Diri. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2025 (SAIS 2025), 333–341. https://drive.google.com/drive/folders/1SN6JaJp4OjO-505O0GGa06Ro1JnzHAeH3083-8711https://drive.google.com/drive/folders/1HmWgcN7Ad-Evwy1WrtuPs-bOZdGzQyKg?usp=drive_linkhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27775Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2025 (SAIS 2025) / “Merentas Generasi: Naqli dan Aqli Pemangkin Transformasi Ummah”. Editor: Latifah Abdul Latiff, Junaidah Abu Seman, Rezki Perdani Sawai, Setiyawan Gunardi,Azman Ab Rahman 9 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMPerkembangan pesat media dan teknologi digital telah membawa transformasi signifikan dalam landskap sosialisasi remaja, khususnya dalam proses pembentukan identiti diri. Kajian ini bertujuan meneliti secara empirikal pengaruh media dan teknologi terhadap pembentukan identiti diri positif dalam kalangan remaja sekolah menengah di negeri Johor. Reka bentuk kajian mengaplikasikan pendekatan kaedah kuantitatif melalui pelaksanaan tinjauan berskala besar. Seramai 807 orang pelajar berusia antara 16 hingga 18 tahun dipilih secara persampelan berstrata untuk menjawab soal selidik berstruktur yang merangkumi dua instrumen utama: Inventori Tanggungjawab Diri Remaja (ITRM) dan Ego Identity Status (EMOIES). Dapatan kajian menunjukkan bahawa keterlibatan remaja dengan media dan teknologi adalah terkawal, reflektif dan berpandukan nilai yang mampu memperkukuh pembentukan identiti diri yang positif dengan mencatat skor min yang tinggi secara keseluruhan (min=3.78). Ini termasuk aspek tanggungjawab kendiri, kestabilan emosi dan kejelasan arah hidup remaja. Sebaliknya, pendedahan tidak berstruktur kepada kandungan digital negatif berpotensi menjejaskan integriti identiti dan perkembangan psikososial remaja dengan mencatat skor min sederhana (min=3.41). Kajian ini menggesa sinergi antara institusi pendidikan, keluarga dan pembuat dasar dalam merangka intervensi berasaskan literasi digital yang bersifat holistik agar tidak mudah terjerat dengan isu salah laku berasaskan digital. Implikasi kajian ini memperkaya wacana akademik berkaitan psikologi perkembangan remaja dalam era teknologi digital, sekali gus menawarkan kerangka strategik ke arah pembangunan generasi anak muda beridentiti kukuh dan mempunyai daya tahan yang tinggi.msMedia dan teknologiidentitipsikologi perkembangan remajaMembentuk Identiti Diri Remaja Era Digital: Analisis Pengaruh Media dan Teknologi Terhadap Jati Diritext::conference output::conference proceedings::conference paper333341