Mohammad Aizuddin Abdul AzizSyed Salim Syed Shamsuddin2024-05-312024-05-312020-10-15https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18404Kenajisan khinzir sebagai najis berat (mughallazah) merupakan pandangan muktamad dan yang difatwakan dalam mazhab Syafie. Namun, kedudukan pandangan ini seolah-olah diragui dengan alasan ianya bercanggah dengan pandangan Imam al-Nawawi yang berpandangan sebaliknya. Artikel ini menilai pandangan sebenar Imam al-Nawawi berhubung isu ini. Bagi mencapai objektif, artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan dengan merujuk karya-karya Imam al-Nawawi secara khusus dan penulisan-penulisan lain bagi menganalisa serta membuat kesimpulan terhadap pandangan muktamad di sisi Imam al-Nawawi berkenaan kenajisan khinzir dan tatacara penyuciannya. Hasil kajian ini mendapati bahawa pandangan muktamad berkaitan kenajisan khinzir di sisi Imam al-Nawawi ialah khinzir tidak dikira sebagai najis mughallazah, dan sudut penyuciannya juga berbeza, iaitu memadai dibasuh sekali seumpama najis-najis lain.otherImam al-Nawawi, Mazhab Syafie, najis mughallazah, khinzirPandangan Muktamad Imam Al-Nawawi Tentang Kenajisan Khinzir: Tinjauan TekstualArticle569581