Nurhasma Muhamad SaadYuslina MohamedWan Moharani MohammadMuhammad Marwan IsmailZulamali @ Abdul Aziz Matassan2024-05-282024-05-2820222022-7-1Nurhasma Muhamad Saad, Yuslina Mohamed, Wan Moharani Mohammad, Muhammad Marwan Ismail & Zulamali @ Abdul Aziz Matassan.2022.Sirah Nabi Muhammad SAW dalam novel 'Dia': Karya Mohd Labib Ahmad [The story of Prophet Muhammad PBUH in novel ‘Dia’ authored by Mohd Labib Ahmad].BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences5(2):23-50.2600-90801020-15https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/300https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6600Vol. 5 No. 2 (2022): (Online Publication Date: 30 June 2022)Sirah Nabi Muhammad SAW adalah rakaman keseluruhan perjalanan dan jejak-jejak kehidupan baginda SAW secara terperinci. Manakala menghayati sirah Nabi umpama menyelusuri dan menguraikan perjalanan hidup baginda yang penuh warna sejak dari lahirnya hingga wafat baginda. Perjalanan kehidupan baginda yang penuh dengan makna tersirat dan kaya dengan nuansa. Keunggulan kisah perjalanan hidup yang amat menarik, sentiasa mendapat tempat dan perhatian serta memberi inspirasi kepada karyawan dalam menghasilkan pelbagai penulisan terutamanya penulisan karya sastera. Intisari kisah perjalanan hidup dan keperibadian Nabi SAW dibicara dan dikupas dengan meluas dalam pelbagai genre sastera sama ada puisi dan prosa. Pembacaan karya sastera boleh membangunkan diri insan, sama ada jiwa dan pemikirannya. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengenal pasti adaptasi sirah Nabi Muhammad SAW yang dieksploitasi oleh penulis dalam novelnya yang berjudul DIA . Kajian ini adalah kajian deskriptif kualitatif yang menggunakan metode analisis struktural, iaitu dengan menganalisis aspek-aspek pembinaan dan struktur karya sastera dalam novel DIA yang diadaptasi dari sirah Nabi SAW melalui penelitian unsur-unsur estetika, artistik dan keunikan sastera yang terdapat di dalamnya seperti tema, judul, plot, watak dan perwatakan, teknik penceritaan dan latar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mohd Labib Ahmad berjaya menyampaikan sirah Nabi Junjungan Muhammad SAW dalam bentuk karya kreatif yang berkesan dan penghayatan yang mendalam untuk tatapan pembaca dan pencinta Rasulullah.othersastera Islam, novel Melayu, Dia, Nabi Muhammad, analisis struktur Islamic literature, Malay novel, Dia, Prophet Muhammad, structure analysisSirah Nabi Muhammad SAW dalam novel 'Dia': Karya Mohd Labib AhmadThe story of Prophet Muhammad PBUH in novel ‘Dia’ authored by Mohd Labib AhmadArticle235052