Muhammad Nukman Bin RomliIbrahim Bin Che HarunMuhammad Najdi Bin Mohd NajibSukhairu Bin Sulaiman2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17667E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandDakwah merupakan usaha menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat dengan tujuan meningkatkan kesedaran, dan keimanan umat. Dalam menghadapi realiti kontemporari, penggunaan platform digital menjadi kunci dalam menyampaikan pesanan keagamaan kepada masyarakat dengan lebih meluas. Kajian ini menyelidik penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam menyampaikan dakwah Islam, dengan fokus kepada peranan program realiti dakwah di Malaysia pada era kontemporari. Latar belakang kajian menyoroti pentingnya dakwah dalam meningkatkan pemahaman, kesedaran, dan keimanan umat Islam, serta bagaimana penggunaan teknologi masa kini, khususnya teknologi informasi dan media sosial. Permasalahan kajian merungkai cabaran dan peluang yang muncul seiring dengan kemajuan teknologi, serta perluasan dakwah melalui platform digital di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis keberkesanan penerapan ICT dalam program realiti dakwah, mengidentifikasi faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap dakwah digital, dan mengkaji peranannya dalam meningkatkan pemahaman agama. Metodologi kajian melibatkan analisis kandungan program realiti dakwah serta analisis terhadap kajian lepas yang melibatkan tinjauan mendalam terhadap kajian-kajian terdahulu berkaitan dengan program realiti dakwah. Dapatan kajian diharapkan memberikan pandangan mendalam terhadap keberkesanan penerapan ICT dalam dakwah Islam di Malaysia. Kesimpulan kajian merangkumi penilaian kesan positif dan cabaran dalam penerapan ICT dalam menyampaikan dakwah, serta cadangan untuk peningkatan dan penyesuaian dalam era kontemporari ini. Kajian ini memberikan sumbangan kepada pemahaman tentang bagaimana teknologi dapat diterapkan dengan lebih efektif dalam usaha menyampaikan pesan agama kepada masyarakat.otherProgram Realiti, Penerapan ICT, MalaysiaPenerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Ict) Dalam Menyampaikan Dakwah Islam: Peranan Program Realiti Dakwah di Malaysia pada Era KontemporariArticle929940