Maznida MahadiTengku Intan Marlina Tengku Mohd AliMardian Shah Omar2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18327E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaHubungan etnik merupakan isu yang kerap ditampilkan pengarang dalam novel-novel remaja yang dihasilkan. Pengarang bertanggungjawab menampilkan isu berkaitan hubungan etnik dengan cermat dan tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat. Kecermatan ini disebut sebagai etika seni. Oleh itu, makalah ini dihasilkan untuk meneliti hubungan etnik berdasarkan etika seni dalam novel Nyanyian Musim Rusuh (2016). Menerusi kaedah analisis teks dengan bersandarkan Teori Etika dalam Sastera yang diperkenalkan oleh Sugiarti & Eggy Fajar Andalas (2018), komponen etika seni dalam sastera dipilih untuk dibincangkan dari perspektif pemikiran pengarang dan gaya bahasa yang ditampilkan pengarang. Pemikiran pengarang diteliti berdasarkan keupayaannya mengambarkan fenomena-fenomena realiti hubungan etnik. Manakala gaya bahasa diteliti melalui bahasa komunikatif yang digunakan dan kebolehan pengarang menjelmakan sifat intuitif dan reflektif karya secara berhemah dan berseni. Dapatan kajian menunjukkan pengarang telah mengungkapkan fenomena realiti hubungan etnik masyarakat pasca merdeka dengan berinfomatif. Gaya bahasa yang digunakan juga bersifat ekspresif, memberi kesan emotif, menawarkan keaktifan rasa dan resepsi remaja selaras dengan tahap pemikiran pembaca remaja.otherHubungan etnik, etika seni, pemikiran pengarang, gaya bahasa, novel remajaHubungan Etnik Berpandukan Etika Seni dalam Novel ‘Nyanyian Musim Rusuh’Article544565