Suriani SudiSiti Mursyidah Mohd. ZinNor Musliza MustafaRosni WazirNur Saadah Khair@HamisanFarhah Zaidar Ramli2026-02-242026-02-242025-12-20Suriani Sudi, Siti Mursyidah Mohd. Zin, Nor Musliza Mustafa, Rosni Wazir, Phayilah Yama, Nur Saadah Khair@Hamisan & Farhah Zaidar Ramli (2025). Keperluan Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Sebagai Medium M-Pembelajaran Bagi Subjek Ulum Hadis: The Need for Mobile Application Development as an M-Learning Medium for Ulum Hadith Subjects. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 12(4), 224–232. https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i4.2932289-790910.53840/ejpi.v12i4.293https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/293/219https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/29317Indexed by MYCITEKemajuan teknologi telah merevolusikan landskap pendidikan melalui pengenalan pembelajaran dalam talian, membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan tanpa kekangan lokasi, dikenali sebagai m-pembelajaran. Seiring itu, perkembangan pesat teknologi maklumat turut membuka ruang inovasi dalam pengajian Islam, khususnya dalam bidang hadis. Kajian ini dijalankan untuk menilai keperluan pembangunan aplikasi mudah alih sebagai medium m-pembelajaran bagi subjek Ulum Hadis. Tinjauan melibatkan 231 pelajar yang mengambil subjek Ulum Hadis di Universiti Islam Selangor (UIS), dengan data dianalisis menggunakan SPSS melalui analisis deskriptif seperti skor peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan wujud keperluan signifikan terhadap aplikasi digital yang interaktif, mesra pengguna dan mampu memberikan akses mudah kepada rujukan Ulum Hadis. Kajian ini menegaskan bahawa m-pembelajaran bukan sahaja berpotensi meningkatkan kefahaman pelajar, malah dapat memperkukuh penguasaan ilmu hadis melalui integrasi teknologi mudah alih. Justeru, pembangunan aplikasi ini diharap dapat menyokong transformasi pendidikan Islam agar kekal relevan dengan keperluan abad ke-21.msm-pembelajaranaplikasi mudah alihUlum Hadisteknologi pendidikanKeperluan Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Sebagai Medium M-Pembelajaran Bagi Subjek Ulum HadisThe Need for Mobile Application Development as an M-Learning Medium for Ulum Hadith Subjectstext::journal::journal article224232124