Faszly RahimAhmad Bazli Ahmad Hilmi2024-05-292024-05-292018-12Rahim, F., & Ahmad Hilmi, A. B. (2018). Naqul Insan™: Reka Bentuk Wasilah Dakwah Abad Ke-21 Cendekiawan Islam Pintar Berbakat (GTMS): NAQul Insan™: A Design of 21st Century Method Of Dakwah By Gifted And Talented Muslim Scholars. Journal of Fatwa Management and Research, 13(1), 605-621. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol13no1.2012232-104710.33102/jfatwa.vol13no1.201https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/201https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13615Tema ayat-ayat Makkiah antaranya ialah ajakan kepada mentauhidkan Allah SWT dan salah satu pendekatan yang Allah SWT gunakan ialah berhujah dengan bukti rasional, analogi dan ayat kawniyyat bagi mendepani golongan musyrik. Artikel ini bertujuan memperkenalkan satu reka bentuk wasilah dakwah abad ke-21 melalui perbincangan ayat kawniyyat sebagai pendekatan dakwah dalam kalangan Cendekiawan Islam Pintar Berbakat. Metodologi kajian perpustakaan telah digunakan dalam mereka bentuk NAQul Insan™; satu persembahan bicara ilmiah mengenai pentafsiran ayat kawniyyat berorientasikan fakta sains moden (tafsir ilmi) dan format persembahannya menampilkan paparan audiovisual berterusan. Paparan audiovisual tersebut mengiringi pembicara tanpa henti sebagai latar belakang (background) yang memperincikan maksud kepada pembicara di hadapan (foreground). Kajian mendapati NAQul Insan™ merupakan satu medium dakwah yang seiring dengan uslub zaman perkembangan pengetahuan dan kecanggihan teknologi yang menuntut sesuatu bukti empirikal. Perbincangan ayat kawniyyat adalah relevan kerana Allah SWT lebih mengetahui perkara yang dapat menyentuh jiwa manusia dan hakikat kejadian manusia itu sendiri. Apa yang berbeza hanyalah tahap pengetahuan dan kemajuan tamadun pada zaman tersebut dalam memahami maksud ayat tersebut. Reka bentuk ini merupakan usaha berterusan dalam mentadabbur Al-Quran selain menjadi model pembentangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pidato umum, serta menjadi wadah pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang lebih segar dan efektif.otherayat kawniyyat, pidato umum, sains moden, tadabbur dan tafsir ilmiNaqul Insan™: Reka Bentuk Wasilah Dakwah Abad Ke-21 Cendekiawan Islam Pintar Berbakat (GTMS)NAQul Insan™: A Design of 21st Century Method Of Dakwah By Gifted And Talented Muslim ScholarsArticle605621131