Muhammad Farid Wajdi Abdul RahimMohd Anuar MamatSyed Salim Syed Shamsuddin2024-05-302024-05-3020212021-12-20127-787110.33102/sainsinsani.vol6no1.209https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/164https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15073Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah berjaya mencorak dan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya terhadap pandangan alam, amalan keagamaan, budaya dan juga bahasa. Kesan daripada proses Islamisasi ini, pemikiran dan daya intelek orang Melayu telah diangkat pada satu tahap yang tinggi dan hal ini terbukti apabila golongan intelektual dan ulama mereka berjaya menghasilkan ribuan penulisan yang merentasi pelbagai disiplin ilmu khasnya bidang agama. Karya keagamaan tersebut telah menjadi sukatan pembelajaran dan rujukan utama bagi masyarakat Melayu untuk mempelajari agama Islam terutamanya hal-hal berkenaan akidah, fiqh dan tasawuf. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mendedahkan pengaruh kitab Jawi khasnya yang ditulis dalam bidang fiqh serta memperkenalkan manuskrip fiqh Jawi yang berjudul Arkān al-Ṣolāt dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Naskhah asal manuskrip ini diperolehi daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai hubungan keilmuan yang intim dengan kitab fiqh Jawi. Kajian juga mendapati bahawa manuskrip ini berjaya menonjolkan keunikan dan kearifan ilmuwan Melayu dalam menghasilkan karya dalam bidang fiqh yang berkeupayaan untuk meningkatkan ilmu serta kualiti amal ibadah bagi masyarakat Melayu.otherKitab Fiqh Jawi, Arkan al-Ṣolat, Alam Melayu, Kajian ManuskripPengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkan al-SolatThe Influence of Malay-Fiqh Books in Malay World: An Introduction to the Manuscript of Arkan al-SolatArticle11061