Aishah Mardhiah Binti HamadNur Fitrah Binti KamarazmanSyed Najihuddin Bin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17612E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Ukhuwah merupakan anugerah daripada kekuatan iman dan taqwa yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, saling mempercayai dan menghormati, sesama manusia yang terikat dengan akidah Islam. Ukhwah Islamiyah juga ditakrifkan sebagai hubungan persaudaraan yang dijalanin oleh rasa cinta dan didasari oleh akidah dalam bentuk persahabatan bagaikan satu bangunan yang kukuh. Dalam al-Quran banyak ayat yang menuntut umat islam untuk menjaga hubungan persahabatan sesama manusia tanpa pergaduhan. Dapat dilihat bahawa masyarakat Islam perlu memainkan peranan penting dalam merealisasikan keamanan, kerana keamanan adalah asas utama dalam ajaran Islam. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui konsep ukhuwah islamiyah dan kepentingannya berdasarkan al-Quran kepada semua masyarakat dan pelajar USIM. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Skop kajian yang tertumpu perpustakaan USIM untuk mencari maklumat tambahan iaitu buku-buku, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Hasil kajian mendapati bahawa ukhuwah islamiyah adalah sesuatu yang penting kerana Allah membentuk manusia adalah untuk memupuk ukhuwah dan kesatuan umat Islam dalam lingkungan yang kukuh dan jitu. Ini kerana untuk menjadikan ukhuwah Islamiah yang terbentuk secara harmoni tanpa pergaduhan. Kesimpulannya, ukhuwah islamiyah adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian kerana Allah menjadikan manusia adalah untuk memupuk ukhuwah dan kesatuan umat islam yang harmoni. Oleh itu, perlulah semua umat islam mengambil peranan penting dalam menjaga konsep dan kepentingan ukhuwah islamiyah itu sendiri dan terus memupuk semangat persaudaraan agar menjadikam ia lebih kukuh. Ayat-ayat al-Quran juga mengandungi hikmah yang tidak terhingga dalam membantu manusia memperkukuh kekuatan ukhuwah.otherUkhuwah islamiyah, konsep ukhuwah, kepentingan ukhuwah, dalil alquran, perpaduan umat IslamKonsep Ukhuwah Islamiyah dan Kepentingannya kepada Umat berdasarkan Al-QuranArticle4714802