Norwardatun Mohamed RazaliSiti Rosilawati RamlanMaisarah Saidin2024-05-292024-05-2920222022-12-21Norwardatun Mohamed Razali, Siti Rosilawati Ramlan, & Maisarah Saidin. (2022). Pembinaan Modul Latihan Kendiri Tajwid Red-Sign Bagi Meningkatkan Penguasaan Tajwid Pelajar Sekolah Menengah Harian: The Development Of Red-Sign Tajwid Self Learning Module To Comprehend Tajwid Practices Among National Secondary School Students. Maʿālim Al-Qurʾān Wa Al-Sunnah, 18(2), 83-98. https://doi.org/10.33102/jmqs.v18i2.3622637-032810.33102/jmqs.v18i2.362https://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/362https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14834Vol. 18,No. 2,(2022), pp.83-98Penerapan bacaan al-Quran terhadap kanak-kanak telah diterapkan oleh ibubapa seawal usia empat tahun. Usaha ini diteruskan di peringkat sekolah rendah bermula usia 7 tahun sehingga 12 tahun dengan silibus j-QAF di sekolah rendah kebangsaan harian dan juga tambahan kelas KAFA di sekolah rendah agama rakyat. Namun begitu, keberkesanan silibus tajwid terhadap keupayaan bacaan al-Quran pelajar masih di tahap tidak memuaskan. Guru yang tidak berkemahiran dan kaedah pengajaran serta pembelajaran yang kurang berkesan merupakan antara faktor penyumbang kepada kelemahan penguasaan bacaan al-Qurandan seterusnya memberi kesan kepada kemahiran membaca al-Quran secara bertajwid apabila menginjak ke sekolah menengah. Para pelajar yang telah menginjak ke peringkat sekolah menengah ini perlu dibantu dengan melihat kepada salah satu faktor menyumbang kepada kelemahan tersebut iaitu kelemahan alat bantu mengajar yang berkesan. Kajian ini bertujuan meninjau keperluan pembinaanmodul latihan kendiri tajwid untuk meningkatkan tahap kemahiran Ilmu Tajwid di kalangan pelajar sekolah menengah harian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan dokumentasi daripada kajiankepustakaanyang menyentuh berkaitan kemahiran bacaan al-Quran. Hasil kajian mendapatikaedah penyampaian ilmu tajwid dan alat bantu mengajar perlu diperbaharui supaya para pelajar dapat melakukan latihan kendiri di sekolah mahupun di rumah. Kesimpulannya, bahan bantu mengajar baharu seperti Modul Latihan Kendiri Tajwid Red Signperlu dibangunkan bagi memudahkan proses penyampaian ilmu tajwid yang boleh digunakan di dalam kelas ataupun digunakan sendiri di rumah oleh para pelajar.otherTajwid, Al-Quran, SekolahMenengah, Modul Latihan Kendiri TajwidPembinaan Modul Latihan Kendiri Tajwid Red-Sign Bagi Meningkatkan Penguasaan Tajwid Pelajar Sekolah Menengah HarianThe Development of Red-Sign Tajwid Self Learning Module to Comprehend Tajwid Practices Among National Secondary School StudentsArticle8398182