Amani NawiNurkhamimi ZainuddinLubnaAbd Rahman2024-05-282024-05-2820222022-12-17Nawi, A., Nurkhamimi Zainuddin, & Lubna Abd Rahman. (2022). STRATEGI PENGAJARAN KOLOKASI BAHASA ARAB BERASASKAN TEORI LEWIS: PANDUAN KEPADA GURU: Arabic Collocation Teaching Strategies Based on Lewis Theory: A Guide for Teachers. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 9(2), 38-52. Retrieved from http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/2162289-8042http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/216https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4289VOL 9 BIL 2Pengajaran kolokasi atau kosa kata bersifat gabungan (multiword) dalam pembelajaran bahasa Arab telah mendapat perhatian ramai pengkaji bahasa dan guru sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini adalah kerana terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa penguasaan terhadap fenomena perkataan ini memberi kesan terhadap kecekapan bahasa yang dipelajari khususnya terhadap keupayaan pelajar dalam kemahiran bertutur dan menulis. Walaubagaimanapun, penggunaan kolokasi bahasa Arab yang betul masih menjadisatu cabaran yang besar kepada pelajar, bahkan para guru juga tidak didedahkan dengan teknik dan strategi pengajaran kolokasi secara terperinci dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan beberapa strategi pengajaran kolokasi berdasarkan Teori dan prinsip Leksikal Lewis (2000). Pendekatan Leksikal ini sangat unik dan berbeza daripada pendekatan tradisional dalam pengajaran kosa kata kerana meraikan semua ciri perkataan tanpa memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan tatabahasa sebagai syarat utama dalam menguasai bahasa asing. Terdapat lima strategi utama yang diketengahkan oleh Lewis untuk diadaptasi oleh para guru antaranya seperti: pengajaran secara langsung, penggunaan kamus dan korpus bahasa, memberi pendedahan yang banyak dan berulang dan lain-lain lagi. Kajian ini juga merangkumi beberapa aktiviti cadangan yang boleh diaplikasikan oleh guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membina kesedaran leksikal dalam kalangan pelajar.otherkolokasi; leksikal; Pendekatan Leksikal; LewisStrategi Pengajaran Kolokasi Bahasa Arab Berasaskan Teori Lewis: Panduan kepada GuruArabic Collocation Teaching Strategies Based on Lewis Theory: A Guide for TeachersArticle385292