Mohd Rosmizi Abd Rahman2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18523Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.Kajian ini membincangkan beberapa cabaran dan tekanan kehidupan akibat pandemik COVID-19. Seterusnya ia menerangkan beberapa aspek akidah Islam yang penting untuk di hayati dan diperkukuhkan sebagai terapi psikospiritual Islam dan juga salah satu jalan penyelesaian terhadap tekanan dan cabaran kehidupan yang sedang dilalui umat Islam sekarang. Kurangnya penelitian dari sudut akidah Islam mengenai isu ini dikhuatiri akan menghakis akidah sesetengah orang Islam yang kemudiannya menyebabkan mereka sanggup melakukan sesuatu perkara yang boleh memakan dan merugikan diri sendiri, seperti mencuri dan membunuh diri. Kajian ini adalah kajian perpustakaan yang menggunakan kaedah deskriptif dan analisis. Kajian ini penting bagi membantu mengukuhkan akidah umat Islam serta membantu mereka dalam menghadapi tekanan dan cabaran kehidupan di zaman pandemik ini. Kajian ini mendapati bahawa terdapat pelbagai isu akidah serta tekanan kehidupan berkaitan COVID-19. Membunuh diri adalah salah satu dari kesan lemahnya akidah Islam. Justeru, pengukuhan akidah Islam dilihat amat penting dan ia dapat menguatkan kita dari pelbagai aspek dalam menghadapi liku-liku cabaran dan tekanan kehidupan di masa yang amat kritikal ini. Kata kunci: Covid-19, akidah, Islam, iman.otherCovid-19,akidah,Islam,iman.Terapi Psikospiritual Akidah Islam Dalam Menghadapi Tekanan Dan Cabaran Kehidupan Akibat Covid-19Article