Nur Ain Hakimi Binti ZakariaJuliana Binti YusupNuruladha Binti MajidiSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17633E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Kajian ini adalah sebuah kajian yang berkenaan dengan sumbangan seorang tokoh dalam bidang Al-Quran di Malaysia, Sheikh Abdullah Basmeih. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sumbangan dari segi kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh tokoh Al-Quran dan bagaimana kajian dan penyelidikan tersebut memberi impak dalam memartabatkan ilmu Al-Quran terhadap masyarakat di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui kaedah kualitatif, iaitu kaedah perpustakaan dan melalui karya- karya yang dihasilkan oleh beliau. Kajian ini juga disokong oleh fakta-fakta yang diperolehi hasil pengumpulan maklumat daripada sumber-sumber yang berkaitan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kajian yang dilakukan oleh tokoh pilihan pengkaji menjurus kepada kepakaran beliau dalam bidang Al-Quran dan dapat dilihat daripada hasil beliau dalam menerbitkan sebuah buku yang berjudul Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Buku tafsir ini merupakan buku terjemahan al-Quran kepada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan bahasa Mandarin. Melalui penerbitan buku ini, beliau telah memudahkan masyarakat umum memahami al-Quran kerana beliau menggunakan bahasa yang mudah difahami. Penerbitan buku ini juga mengalakkan masyarakat lebih dekat dengan al-Quran. Hasil kajian ini juga dapat dilihat bahawa karya beliau memberi banyak impak kepada penambahbaikan masyarakat dalam bidang al-Quran. Oleh itu, kajian ini merupakan sebuah penghargaan ke atas sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau sebagai seorang tokoh dalam bidang Al-Quran.othersumbangan, bidang Al-Quran, Sheikh Abdullah Basmeih, tafsir, tafsir pimpinan Ar-RahmaSumbangan Sheikh Abdullah Basmeih dalam Bidang Al-QuranArticle9629693