Syaidatun Nazirah Abu ZahrinFazilah IdrisFariza Md ShamRezki Perdani SawaiJoki Perdani Sawai2024-05-282024-05-282015Syaidatun Nazirah Abu Zahrin and Fazilah Idris and Fariza Md Sham and Rezki Perdani Sawai and Joki Perdani Sawai (2015) Psikologi agama dalam menangani gejala sosial remaja. Malaysian Journal of Youth Studies, 13. pp. 187-203. ISSN 2180-16492180-1649https://iyres.gov.my/en/malaysian-journal-of-youth-studies-2019/2015/200-vol-13-disember/1664-psikologi-agama-dalam-menangani-gejala-sosial-remajahttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7022Cinta yang tidak dipandu dengan agama dan akal boleh menyebabkan belia terlibat dalam gejala salahlaku seksual seperti seks bebas, hamil luar nikah dan pembuangan bayi. Islam meraikan perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Namun, cinta tersebut adalah cinta yang tidak membawa kerosakan kepada diri dan masyarakat. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan psikologi cinta dari perspektif Islam dan bagaimana kefahaman ini boleh menjadikan horizon pemikiran individu Muslim semakin luas dan seterusnya mencegah daripada terlibat dalam masalah sosial. Kajian analisis kandungan berdasarkan literatur terpilih ini mendapati konsep cinta dari perspektif Islam bukan hanya terhad kepada cinta romantis sesama manusia tetapi cinta yang hakiki adalah cinta kepada Pencipta iaitu Allah s.w.t. Kajian kualitatif ini menggunakan metod analisis secara bertema di dalam memahami hakikat cinta yang pelbagai bentuk. Hasil kajian menunjukkan konsep psikologi cinta dapat digunakan di dalam pelbagai cabang ilmu psikologi iaitu psikologi sosial, psikologi perkembangan, personaliti, psikologi agama dan psikologi silang budaya. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa prinsip dalam Islam yang mendasari hubungan sesama manusia boleh dijadikan mekanisme dalam pencegahan kepada seks bebas, hamil luar nikah dan buang bayi. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa remaja yang memahami psikologi cinta dalam konteks agama berjaya menahan diri daripada perkara yang boleh merosakkan diri dan masyarakat yang disebabkan perasaan cinta tersebutotherPsikologi Cinta, Islam, Pemikiran, MuslimPsikologi Agama Dalam Menangani Gejala Sosial RemajaArticle18720313