Kasim RamliSofia Hayati Yusoff2024-05-292024-05-2920192232-0431http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/89https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14083Setiap insan pasti mengalami sakit. Pesakit perlukan rawatan. Lazimnya perawat merawat pesakit berasaskan kepercayaan, ilmu, tradisi dan persekitaran. Nabi Muhammad s.a.w telah mengamalkan beberapa teknik rawatan untuk merawat diri sendiri, ahli keluarga dan para sahabat. Kajian ini bertujuan 1) meneliti keberkesanan rawatan nabawi terhadap pesakit 2) menyatakan kewujudan teknik rawatan yang lebih mesra jiwa, lebih selamat dan lebih jimat berbanding ubat berasaskan kimia dan dadah 3) mengenalpasti sesetengah institusi perubatan di Malaysia yang masih mengamalkan legasi nabawi ini dalam era kemajuan perubatan moden. 4) menyatakan bahawa sebahagian kaedah ini tertakluk kepada kajian dan ujian yang sesuai dengan kehendak persekitaran, peredaran zaman ramuan perubatan. Metod Kajian ini berdasarkan pengalaman khidmat rawatan pengkaji sendiri dan penglibatan beliau dengan persatuan perubatan Islam ternama dalam negara serta penelitian terhadap teks al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini mendapati tiada kritikan terhadap pelbagai kaedah perubatan kecuali berkaitan penggunaan pelbagai bahan herba. Berasaskan pengalaman rawatan pengkaji, terdapat puluhan kes kesembuhan pesakit melalui penggunaan herba yang dinyatakan dalam hadis tetapi terdapat juga puluhan kes kesembuhan pesakit disebabkan pengguna bahan-bahan herba tempatan.Hadith Nabiinstitusi perubatankerohanianpsikologi.Perubatan Nabi: Kefahaman Terhadap Sunnah Dan Praktis PerawatArticle97106171