Muhammad Yusry Affandy bin Md IsaZulhimi bin Mohamed2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16993PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesKajian ini berkaitan analisis penggunaan nas hadith dalam kempen zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Nas hadith telah diletakkan dalam risalah bertulis untuk sebaran masyarakat untuk memahami kewajipan zakat dalam Islam khasnya rakyat negeri Kedah. Kajian ini penting untuk memastikan nas zakat yang diatur LZNK terhindar daripada polimek pertikaian seperti isu nas yang salah, terjemahan dan tafsiran nas yang kurang tepat. Objektif kajian mensasarkan untuk menganalisis penggunaan nas hadith yang terdapat dalam bahan dakwah Lembaga Zakat Negeri Kedah, mengenalpasti keabsahan atau kelemahan dari segi metodologi pemaparan teks dan huraian hadith dan seterusnya mencadangkan aspek pemantapan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan nas hadith berkaitan kewajipan zakat dalam bahan kempen. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan penggunaan nas hadith dalam aspek ketepatan dalil dan tatacara pengemukaan nas. Dapatan kajian menunjukkan Lembaga Zakat Negeri Kedah memiliki bahan dakwah zakat yang tersendiri seperti risalah, khutbah jumaat, website dan media sosial. Bahan paling utama yang mudah sampai dan dirujuk segenap lapisan masyarakat Kedah ialah menerusi bahan bercetak iaitu risalah Panduan Zakat (2021). Dalam menjalankan urusan dakwah, LZNK didapati tidak mengabaikan pengaplikasian nas hadith sebagai bahan dakwah terpenting. Keseluruhan dalil hadith adalah relevan, tepat dan sesuai. Aspek pemantapan terjemahan, tatacara rujukan hadith dan huraian fuqaha’ dan muhadithin boleh diketengahkan lagi dalam bahan kempen dakwah.othernas, hadith, kempen, zakat, Lembaga Zakat Negeri KedahPenggunaan Nas Hadith Dalam Kempen Zakat Lembaga Zakat Negeri KedahArticle150163