Mohamed Akhiruddin IbrahimMohd Yakub @ Zulkifli Hj. Mohd YusoffAzniwati Abdul Aziz2024-05-282024-05-282012Ibrahim, Mohamed Akhiruddin and Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli and Abdul Aziz, Azniwati (2012) Kemukjizatan biologi dalam Al-Qur’an dari perspektif sains : Satu tinjauan. In: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya.978-967-5534-20-1https://eprints.um.edu.my/13997/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7262Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 22-23 Feb 2012, University of Malaya. ISBN 978-967-5534-20-1 © 2012 Centre of Quranic Research (CQR)Al-Qur’an sebagai sebuah kitab yang diutuskan oleh Allah s.w.t sudah pasti mempunyai banyak keunikan. Ia mencakupi keistimewaan dalam pelbagai disiplin ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan manusia. Antaranya ialah ilmu biologi yang mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Secara umumnya sains biologi terbahagi kepada beberapa bidang antaranya anatomi, biofizik, biogeografi, biokimia, biologi laut, biologi molekul, biologi sel, botani, bioteknologi, fisiologi, mikrobiologi, paleontologi, patologi, virologi dan zoologi. Dalam al-Qur’an terdapat beberapa tanda secara tidak langsung yang menunjukkan kaitan beberapa bidang dalam bidang ilmu biologi ini. Penerokaan sains moden terhadapnya telah berjaya menyingkap keunikan beberapa isu yang telah dinyatakan dalam kitab suci ini dari perspektif sains. Kajian ini menampilkan beberapa contoh ayat al-Qur’an yang dilihat penjelasannya dari sudut beberapa bidang biologi yang telah dinyatakan. Ayat berkenaan diterjemahkan kemudian diulas berdasarkan penemuan dari kajian sains yang dilakukan oleh penyelidik. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak ayat yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t ini memberi isyarat terhadap keunikan banyak bidang dalam ilmu biologi, setelah dilakukan kajian dan pemerhatian oleh penyelidik zaman moden.enAl-Qur’an, Sains, Biologi, KemukjizatanB Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy,Kemukjizatan biologi dalam Al-Qur’an dari perspektif sains : Satu tinjauanArticle213224