Azman Ab RahmanMuhammad Faiz Abd. ShakorNorakyairee Mohd RausMohd Nur Adzam RasdiAhmad Wifaq MokhtarZahari Mahad MusaNurul Nadia Nozlan2024-05-312024-05-3120229789670001814https://pkausim.usim.edu.my/sais-2022/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18638E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan 1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)Golongan OKU adalah hamba Allah dan mempunyai kewajipan untuk beribadat kepada Allah mengikut kemampuan mereka. Walaupun golongan OKU ditakdirkan wujud kekurangan pada tahap keupayaan mereka sama ada mental atau fizikal, namun mereka memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa hak dan kewajipan tertentu yang telah ditetapkan untuk golongan ini. Justeru, artikel ini akan membincangkan khusus berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam skop pelaksanaan ibadat. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati kedudukan taklif bagi golongan OKU Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Fizikal wajib menunaikan segala kewajipan yang ditetapkan oleh syarak berdasarkan kemampuan dan keadaan mereka. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada OKU Pelbagai yang melibatkan ketidakupayaan pendengaran dan penglihatan sejak dilahirkan, dan mereka yang mengalami ketidaksempurnaan akal yang teruk. Hal ini kerana mereka tidak mampu memahami dalil pentaklifan yang menjadi syarat utama menjadi mukalaf. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam pelaksanaan ibadat.otherTaklif, OKU, IbadatKedudukan Taklif Orang Kurang Upaya (OKU) Dalam Pelaksanaan IbadatArticle324334