Daing Zairi Ma’arofNurul Atiqah Md. SuhadaSofia AyupNoorhazila Mohd HamidAzlan AhmadZuraini MohaidinShazleena Othman2026-01-132026-01-132025Daing Zairi Ma’arof, Nurul Atiqah Md. Suhada, Sofia Ayup, Noorhazila Mohd Hamid, Azlan Ahmad, Zuraini Mohaidin & Shazleena Othman. (2025). Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Surat Rasmi Pelajar UKM dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. International Conference of Language & Education (ILEC2025), 126–136. https://sites.google.com/view/ilec2025/home3120-3809https://sites.google.com/view/ilec2025/homehttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28530International Conference of Language & Education (iLEC2025): Empowering Language and Education to Develop Madani Generation in the Era of Artificial Intelligence (AI) 17 & 18 November 2025 Organized by Universiti Sains Islam MalaysiaSurat rasmi ialah satu dokumen yang diklasifikasikan sebagai komunikasi bertulis yang mana penggunaan dan cara penulisannya boleh berbentuk formal dan tidak formal. Lazimnya, bidang akademik dan profesional menjadikannya sebagai komunikasi bertulis yang sangat signifikan untuk dijadikan wahana dalam pentadbiran dan pengurusan. Walau bagaimanapun, kemahiran ini sukar dan tidak mudah dikuasai kerana pemahamannya melibatkan format, gaya bahasa dan penggunaan tatabahasa yang tepat. Walaupun pembelajaran ini sudah dipelajari di peringkat sekolah, namun kemahiran ini masih tidak dikuasai sepenuhnya oleh pelajar di peringkat pendidikan tinggi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran penulisan surat rasmi melibatkan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, kajian ini juga meneliti kesalahan tatabahasa yang lazim dilakukan dan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran penguasaan pelajar. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah reka bentuk campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini juga akan menggunakan instrumen skrip surat rasmi daripada komponen penilaian pelajar yang melibatkan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam penulisan surat rasmi masih lemah khususnya dalam struktur penulisan surat rasmi yang melibatkan format dan penggunaan tatabahasa yang kurang sesuai dan kurang tepat. Antara faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar ini termasuk kekeliruan mendapatkan format yang standard, penguasaan tatabahasa yang lemah dan kurangnya latihan secara praktikal. Rentetan daripada perkara-perkara ini, kajian ini menyarankan perlunya diwujudkan satu bentuk surat rasmi yang autentik, latihan-latihan berstruktur dan membangunkan satu aplikasi khusus yang memperlihatkan bentuk-bentuk dokumen bertulis rasmi yang pastinya akan membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam menulis surat rasmi dan dokumen-dokumen rasmi yang lain.msKemahiran menulissurat rasmibahasa Melayupelajar UKMpenguasaan bahasa.Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Surat Rasmi Pelajar UKM dalam Pembelajaran Bahasa Melayutext::conference output::conference proceedings::conference paper126136