Hussin bin HarunMohd Shukor bin SabudinMohamad Shakir bin Abdul Hamid2026-02-092026-02-092025Hussin Harun, Mohd Shukor Sabudin & Mohamad Shakir Abdul Hamid (2025) Mohd Musa bin Sarip lwn Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan (No. Kes: 2408-A0005-483-0029). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 1-6. https://doi.org/10.33102/altaqrir.910.33102/altaqrir.9https://altaqrir.usim.edu.my/index.php/journal/article/view/9/12https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28798Non-Indexed PublicationKes ini berkaitan dengan permohonan Bantahan Awal yang difailkan oleh Pemohon terhadap Notis Rayuan Responden melalui Kes Rayuan No.: 2402-A0005-001-0004 bertarikh 31 Januari 2024. Pemohon berhujah bahawa Notis Rayuan tersebut tidak teratur dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang, khususnya seksyen 171(1), 171(2) dan 157(2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 (ETJSNS 2003). Sebelum itu, Pemohon telah berjaya dalam Permohonan Semakan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan pada 30 Januari 2024. Mahkamah Tinggi menerima semakan dan mengubah keputusan Mahkamah Rendah Syariah Seremban yang sebelum ini mengarahkan Pemohon membela diri dalam satu kes jenayah Syariah. Sebaliknya, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan kedua-dua Pemohon daripada pertuduhan di bawah seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (EJSNS 1992). Responden yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu telah memfailkan Notis Rayuan pada 31 Januari 2024. Namun, Mahkamah Rayuan Syariah berpendapat bahawa Responden gagal mendapatkan kebenaran untuk merayu sebagaimana diwajibkan undang-undang. Tambahan pula, Notis Rayuan tersebut dianggap cacat daripada segi prosedur dan tidak memenuhi kehendak prosedur yang ditetapkan. Mahkamah memutuskan untuk menerima bantahan awal Pemohon dan membatalkan Notis Rayuan Responden. Keputusan ini menegaskan pentingnya pematuhan kepada prosedur rayuan demi memastikan proses keadilan berjalan secara teratur.msMahkamah Rayuan Syariahpermohonan Bantahan AwalEnakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992prosedurDalam Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan Mohd Musa Bin Sariplwnketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan (No. Kes:2408-A0005-483-0029)text::journal::journal article1611