Syed Salim Bin Syed Shamsuddin2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18489Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, MalaysiaPengajian talaqqi merupakan satu kaedah yang sangat penting dalam dunia pendidikan dan dakwah Islam. Di Malaysia, ramai tokoh ulama dan ilmuan yang telah menyumbang jasa dalam bidang pengajian talaqqi kitab turath dan dakwah yang perlu diketengahkan untuk diketahui oleh masyarakat umum khasnya generasi muda. Artikel ini mengetengahkan seorang tokoh ulama Perak, Tuan Guru Haji Othman Qarib, yang telah memberi pelbagai sumbangan kepada masyarakat tempatan. Penulisan ini akan meninjau latar belakang kehidupan beliau terutama dari segi pendidikan dan ilmu pengetahuan. Selain itu, penulisan ini juga akan melihat sejauh mana sumbangan beliau terhadap perkembangan pengajian talaqqi dan dakwah di negeri Perak serta sumbangan-sumbangan lain yang berkaitan. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual bersama waris-waris dan keluarga terdekat tokoh di samping analisis beberapa dokumen yang berkaitan selain pengalaman dan ingatan penulis sendiri. Dapatan penulisan ini menunjukkan Tuan Guru Haji Othman Qarib merupakan seorang tokoh yang telah banyak menyumbangkan jasa terhadap perkembangan pendidikan Islam khususnya pengajian talaqqi dan dakwah di negeri Perak melalui penubuhan madrasah, pengajian kitab, pengeluaran fatwa dan lain-lain. Penulis mendapati belum ada penulisan formal yang khusus dan terperinci telah dihasilkan berkenaan tokoh ini. Sehubungan itu, diharap artikel ini dapat menjadi pencetus kepada penulisan-penulisan seterusnya berkenaan dengan tokoh ini dari sudut-sudut yang lain. Kata kunci: Kitab turath, negeri Perak, Othman Qarib, pengajian talaqqi, tokoh.otherKitab turath,negeri Perak,Othman Qarib,pengajian talaqqi,tokoh.Tuan Guru Haji Othman Qarib: Tokoh Ulama Perak Dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Talaqqi Dan Dakwah