Mohd Fahimi ZakariaMohd Adi Amzar Muhammad NawawiMuhamad Khairul Anuar Zulkepli2025-12-022025-12-022025Mohd Fahimi Zakaria,Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi ,Muhamad Khairul Anuar Zulkepli . (2025). Variasi terjemahan leksikal Hattā [حتى] dalam Al-Quran: analisis konsep terjemahan Arab-Melayu [The variation of translating lexical Hattā [حتى] in the Al-Quran: an analysis of translation concept in Arabic-Malay]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 9(4), 215-224. https://doi.org/10.33306/mjssh/3762590-369110.33306/mjssh/376https://mjsshonline.com/index.php/journal/article/view/716https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28109Indexed Publication (Tier 3)Leksikal Ḥattā merupakan kata tugas dalam bahasa Arab yang dikenali sebagai al-ḥarf [الحرف] yang memiliki keistimewaannya yang khusus dari aspek linguistik seperti penggolongan kata, penjenisan kata tugas, hukum bahasa (fleksi), implikasi terhadap leksikal selepasnya dan kepelbagaian variasi terjemahannya dalam bahasa Melayu. Kajian kualitatif dipilih sebagai metode kajian ini bagi menganalisis variasi terjemahan leksikal Ḥattā dalam al-Quran untuk melihat kepelbagaian terjemahannya dalam bahasa Melayu berdasarkan surah al-Baqarah menggunakan al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan (QMMT) sebagai bahan kajian. Kajian telah merekodkan 15 contoh leksikal Ḥattā beserta terjemahannya dari keseluruhan surah al-Baqarah untuk dianalisis variasi terjemahan leksikal Ḥattā berdasarkan konsep terjemahan Arab-Melayu seperti yang dibincangkan oleh sarjana terjemahan. Kajian menunjukkan bahawa leksikal Ḥattā memiliki variasi terjemahannya yang khusus lantaran leksikal Ḥattā merupakan kata tugas yang menjalankan beberapa fungsi bahasa dan hasil terjemahannya juga berbeza antara satu leksikal dengan leksikal yang lain. Leksikal Ḥattā di dalam al-Quran sudah tentu memberi variasi terjemahan yang khusus disebabkan al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang mengandungi keistimewaan dan keindahan bahasa Arabnya yang berbeza dengan terjemahan leksikal Ḥattā dalam konteks bahasa Arab harian yang bersifat umum dan boleh difahami secara terus daripada makna. Justeru, variasi terjemahan leksikal Ḥattā yang terdapat di dalam al-Quran menarik untuk dianalisis khususnya dari aspek konsep terjemahannya ke dalam bahasa Melayu sebagai bahasa sasaran.msvariasi terjemahanleksikal Ḥattākonsep terjemahan Arab-MelayuVariasi terjemahan leksikal Hattā [حتى] dalam Al-Quran: analisis konsep terjemahan Arab-MelayuThe variation of translating lexical Hattā [حتى] in the Al-Quran: an analysis of translation concept in Arabic-Malaytext::journal::journal article21522494