Mohd Huefiros Efizi HusainNoor Naemah Abdul RahmanNor Fahimah Mohd RazifMohd Nasir Abdul MajidMuneer Ali Abdul Rab2024-05-282024-05-28201930/12/20192289-9944https://www.al-qanatir.com/aq/article/view/135https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5832Francais merujuk kepada sistem pemasaran perniagaan melibatkan sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi hak kepada syarikat lain (francaisi) bagi mengendalikan perniagaan, mengikut sistem francais yang ditetapkan francaisor. Sistem ini berkembang pesat dengan menjadikan jualan barangan dan perkhidmatan sebagai agen penghubung di antara yang terlibat tanpa membataskan jenis pengguna. Setiap outlet yang ada ditunjangi oleh pelan pembangunan syarikat francais dan kawalan permintaan setempat. Pihak yang terbabit adalah pemberi francais, penerima francais dan pengeluar sumber beserta keperluan mematuhi peraturan syarikat. Setiap elemen yang diterapkan dikenalpasti dan disenangi oleh sebilangan besar masyarakat sebagai 'urf dalam jaminan untuk melaksanakannya. Al-'urf pula merupakan sumber hukum yang sering dijadikan pegangan dalam menghasilkan ijtihad sesuai dengan kehendak masyarakat secara berhikmah. Objektif kajian ini meninjau pendekatan al-'urf dalam perniagaan francais yang dibangunkan secara umum berpandukan penetapan sistem tersediri. Oleh itu, pengkaji meninjau pembangunan perniagaan francais dari pandangan al-'urf kepada sektor terpilih. Bagi mencapai objektif kajian, metadologi kualitatif dipilih dengan menggunakan kaedah perpustakaan menerusi pembacaan bahan bacaan dan penulisan yang telah diterbitkan serta pemerhatian pengkaji di outlet yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Hasil kajian mendapati wujud kepentingan al-'urf yang diterapkan dalam perniagaan francais terutama kepada penjualan produk francais, lokasi outlet dan pengurusan perniagaan. Kajian ini mencadangkan pemerhatian 'urf secara telus sebelum memulakan perniagaan francais dan menyedari dengan luas keperluan masyarakat sekeliling.otherFrancais, Perniagaan, Syarikat, al-'Urf, PenggunaPembangunan Perniagaan Francais Dari Tinjauan Al-'UrfFranchise Business Development From The Outline Of Al-'UrfArticle135132