Shamsiah binti DaudMohd Yusri bin Yusuf2025-12-222025-12-222025Shamsiah binti Daud, Mohd Yusri bin Yusuf (2025). Konsep Itab Al-Rasul Dalam Al-Qur’an: Perspektif Tafsir Syeikh Dr Salah Al-Khalidi dan Relevansi Pendidikan. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 337–349. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28313International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Kajian ini meneliti konsep ‘Itab al-Rasul (teguran Ilahi kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم) yang dirakamkan dalam al-Qur’an dengan memberi tumpuan kepada karya ‘Itab al-Rasul fi al-Qur’an: Tahlil wa Tawjih oleh Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi Rahimahullah. Perbincangan mengenai ayat-ayat teguran ini penting kerana sering menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat moden, khususnya apabila timbul salah faham bahawa ia seolah-olah mencacatkan kemaksuman Nabi صلى الله عليه وسلم. Artikel ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap karya al-Khalidi dan membandingkannya dengan pandangan mufassir klasik seperti al-Tabari,al-Qurtubi, dan Ibn Kathir. Hasil kajian menunjukkan bahawa ‘Itab al-Rasul bukanlah celaan, tetapi merupakan bentuk tarbiah Ilahi yang mendidik Rasulullah صلى الله عليه وسلم agar menjadi teladan agung kepada umat. Teguran tersebut sekaligus mendidik umat Islam supaya mengambil iktibar daripada peristiwa wahyu, kerana jika Nabi yang maksum pun ditegur, maka umat lebih-lebih lagi wajib menerima teguran sebagai jalan pembaikan diri. Analisis beliau memperlihatkan bahawa pendedahan ayat-ayat teguran adalah bukti keaslian kenabian dan integriti wahyu. Kajian ini turut menyoroti relevansi pendidikan ayat-ayat tersebut, antaranya membina budaya menerima nasihat, mengukuhkan kesedaran muraqabah, serta menegaskan peranan guru dan pelajar dalam proses tarbiah berterusan. Kesimpulannya, karya Syeikh Dr Salah al-Khalidi Rahimahullah menawarkan hujah kontemporari yang signifikan untuk mengukuhkan kefahaman masyarakat terhadap konsep tarbiah Ilahi dan pengajaran bermakna daripada RasulullahmsItab al-RasulSalah al-Khaliditarbiah IlahiPendidikan IslamDivine educationIslamic educationKonsep Itab Al-Rasul Dalam Al-Qur’an: Perspektif Tafsir Syeikh Dr Salah Al-Khalidi dan Relevansi Pendidikantext::conference output::conference proceedings::conference paper337-349