Muhammad Lukman Mat SinKhalilullah Amin Ahmad2024-05-302024-05-302022Mat Sin, M. L., & Ahmad, K. A. (2022). Tafsir Nabawi: Kajian Analisis Terhadap Kitab Tafsir Al-Quran (Surah Al-Baqarah) Daripada Kitab Sahih Al-Bukhari. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 410–421. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/40eISSN: 2756-8156https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/40/7https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/173308TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah StudiesKeseluruhanSunnah sama ada qauli, fi’liatau taqririmerupakan penjelasan dan sumber utama dalam pentafsiran al-Quran. Pentafsiran al-Quran dengan Sunnah pula boleh dibahagikan kepada pentafsiran secara langsung dan tidak langsung. Pentafsiran al-Quran secara langsung juga dikenali dengan tafsir Nabawi. Pengkaji mengkaji tiga aspek yang akan menjelaskan pemahaman terhadap tafsir Nabawi, iaitu pendefinisian, jenis-jenis dan bentuk pentafsirannya. Berdasarkan pemahaman tersebut, pengkaji melakukan analisis terhadap Kitab Tafsir al-Quran daripada Kitab Sahih al-Bukhari. Batasan kajian yang dipilih ialah riwayat hadith tafsir surah al-Baqarah yang terdiri daripada tujuh puluh satu hadith. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang melibatkan teknik pengumpulan data kepustakaanbagi mengenal pasti aspek-aspek penting bagi tafsir Nabawi dan metode kajian analisis kandungan terhadap riwayat-riwayat tafsir yang telah dipilih daripada kitab Sahih al-Bukhari. Dapatan kajian menunjukkan fungsi dan peranan Sunnah dalam pentafsiran al-Quran di samping menonjolkan kepentingan Kitab Sahih al-Bukhari sebagai salah satu rujukan utama bagi Tafsir Nabawi.otherTafsir Nabawi, Kitab Tafsir al-Quran, Surah al-Baqarah, Kitab Sahih al-Bukhari.Tafsir Nabawi: Kajian Analisis Terhadap Kitab Tafsir Al-Quran (Surah Al-Baqarah) daripada Kitab Sahih Al-BukhariArticle410421