Siti Nor Azhani Mohd ToharAdlina Ab. HalimKu Hasnita Ku SamsuHashim Musa2024-05-282024-05-2820142289-7259https://journalfbmk.upm.edu.my/ojs3/index.php/mahawangsa/issue/view/27/27https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6371Volume: 1 No: 2Ibnu Khaldun (1332-1406) dalam buku beliau, Mukadimah banyak membincangkan pengaruh semangat kekitaan dalam jatuh bangun sesebuah tamadun. Sehubungan itu, tujuan makalah ini adalah untuk membincangkan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam pembinaan tamadun Malaysia melalui pengaplikasian teori semangat kekitaan atau 'assabiyyah yang diutarakan oleh Ibnu Khaldun. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan kerana ia merupakan wadah penting dalam membina perpaduan seluruh masyarakat multietnik. Pengukuhan tamadun Malaysia bergantung kepada kejituan perpaduan rakyat multietniknya dan penerapan semangat kekitaan yang kukuh. Antaranya melalui satu bahasa kebangsaan sebagai identiti yang dikongsi bersama. Namun, untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam situasi percampuran etnik ini bukan suatu yang mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuh. Justeru, pengaplikasian teori semangat kekitaan Ibnu Khaldun adalah penting dalam menangani cabaran ini.otherBahasa Melayu, Ibnu Khaldun, multietnik, semangat kekitaan, tamadun MalaysiaTeori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di MalaysiaIbn Khaldun’s Theory of Sense Belonging and Enhancing the Malay Language in MalaysiaArticle24725612