Fakhrur Razi Maamor2024-11-122024-11-122024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24765E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEKeadilan merupakan konsep yang menjamin hak, keserataan, peluang dan tanggungjawab melalui kepimpinan di peringkat global; turut diinterpretrasi dalam ukiran buah buton. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis keterkaitan buah buton dengan keadilan melalui kepimpinan dalam masyarakat Adat Perpatih. Bagi mencapai tujuan tersebut, penyelidikan kualitatif diguna pakai dengan mengetengahkan dua kaedah iaitu kajian lapangan dan temu bual. Kaedah kajian lapangan adalah mengenalpasti rumah-rumah tradisional yang mempunyai buah buton di sekitar Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Manakala, temu bual pula adalah melibatkan informan dari empat kategori iaitu pemimpin adat, pengamal adat, penyelidik adat dan masyarakat tempatan. Melalui dua kaedah serta kajian literatur, artikel ini mendapati bahawa buah buton hanya diaplikasikan pada rumah-rumah yang dihuni oleh golongan bangsawan, pemimpin adat atau mereka yang mempunyai status dalam adat. Dapat disimpulkan, buah buton yang tergantung di bahagian spesifik melambangkan sebuah kepimpinan dalam Adat Perpatih yang menekankan aspek keadilan buat anak-anak buah. Ini menunjukkan buah buton bukan sekadar hiasan yang menghiasi ruangan rumah, malah memberi implikasi kepada pemiliknya akan tanggungjawab dalam menjalankan amanah selaras dengan akal, ilmu, alur dan patut. Maka, artikel ini mencadangkan agar penyelidikan lanjutan dengan memberi penekanan terhadap keterkaitan buah buah dalam nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam Adat Perpatih. Perkara ini selari dengan keperibadian dalam masyarakat agar sesuatu yang tradisi itu tidak dilapuk dek zaman dan mampu memberi impak kepada jiwa dalam menhayati budaya dan tradisi.msAdat Perpatihbuah butonkeadilanpemimpinrumah tradisionalBuah Buton di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan: Berkeadilan Melalui Kepimpinan dalam Masyarakat Beradattext::conference output::conference proceedings::conference paper