Nur Firzanah JamaludinFazilah Husin2024-11-112024-11-112024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24665E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEMakalah ini membincangkan tentang penerapan elemen-elemen al-Quran dalam pembentukan naskhah drama pentas Noordin Hassan, yang merupakan penulis skrip drama pelbagai medium. Noordin Hassan melihat bahawa drama dan teater dapat menjadi saluran untuk menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat. Antara pendekatan yang diambil dalam merealisasikan perkara tersebut ialah mengangkat al-Quran sebagai unsur dalam penghasilan naskhah-naskhah drama pentas beliau. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menghuraikan pendekatan yang dilaksanakan oleh Noordin Hassan dalam menerapkan bahan-bahan daripada al-Quran ke dalam naskhah-naskhah drama pentas beliau. Sebanyak lima buah naskhah yang mengandungi elemen-elemen al-Quran iaitu 1400, Anak Tanjung, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Malam Ini Penyu Menangis, dan ...demi Zaitun…. telah dianalisis menggunakan pendekatan intertekstualiti untuk merungkai kaedah penerapan elemen-elemen al-Quran dalam pembentukan naskhah-naskhah drama pentas Noordin Hassan. Kajian mendapati bahawa Noordin Hassan telah menerapkan kepelbagaian kisah sejarah dan petikan ayat-ayat tertentu daripada beberapa surah al-Quran. Kisah-kisah bersejarah yang telah beliau terapkan termasuklah kisah Nabi Nuh a.s, Nabi Lut a.s, Nabi Adam a.s, kisah Abu Lahab dan isteri, surah al-Baqarah, surah al-Imran, dan surah al-A’raf. Pendekatan penerapan yang beliau laksanakan terutamanya adalah modifikasi, eksistensi dan juga ekserp. Penerapan elemen-elemen al-Quran seperti ini secara tidak langsung menjadi medan dakwah dan penyebaran al-Quran selain memperkukuhkan mutu penghasilan karya itu sendirimsAl-QuranDrama PentasElemen al-QuranIntertekstualitiNoordin HassanElemen Al-Quran dalam Pembentukan Naskhah Drama Noordin Hassantext::conference output::conference proceedings::conference paper