Mohd Hamidi bin Ismail2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18303E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaPersoalan mengenai petanda akhir zaman turut dinyatakan oleh wahyu dan dibincangkan oleh ilmuwan Islam dari berbagai perspektif, khasnya dari sudut Ilmu Akidah dan Tasawwuf. Dalam Islam, persoalan petanda akhir zaman atau dikenali juga sebagai ashra>t} al-Sa>‘ah tidak pernah diasingkan daripada perbincangan iman dan akhlak kerana akhir zaman termasuk dalam bahagian iman terhadap Hari Kiamat atau Akhirat dan penyucian hati dalam menghadapi fitnah-fitnah duniawi, khasnya fitnah terbesar yang dibawa oleh Dajjal. Membincangkan perkara ini, Habib Abu Bakar al-‘Adni> telah mempersembahkannya secara ilmiah melalui gagasan pemikiran yang sistematik dan diberi nama Fiqh al-Taha}wwula>t. Kertas kerja ini cuba mengupas gagasan pemikiran tersebut bagi mendapatkan pencerahan dan pemahaman awal berkenaan teras yang membentuk konseptual Fiqh al-Tah}awwula>t serta mengenalpasti objektifnya dalam menafsirkan petanda akhir zaman. Metode induktif, komparatif dan selainnya daripada metode kuantitatif akan digunakan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Dapatan awal yang diperolehi, Fiqh al-Tah}awwula>t memperkenalkan pendekatan yang berasaskan panduan syarak bagi memahami nas-nas berkaitan petanda akhir zaman. Di samping itu, Fiqh al-Tah}awwula>t berfungsi mengimbangi pelbagai tafsiran eskatalogi dan membatalkan tafsiran yang menyalahi syariat dan kefahaman Islam.otherPetanda akhir zaman, Fiqh al-Tah}awwula>t, Tafsiran, Eskatalogi, Syarak, Akidah, Tasawwuf.Fiqh Al-Tah{Awwula<T: Penafsiran Eskatalogi Berpandukan SyarakArticle5073