Hanisah Muhamad RadziMuhammad Aunurrochim Mas'ad Saleh2025-01-282025-01-2820252025-1-24Hanisah Muhamad Radzi & Muhammad Aunurrochim Mas’ad Saleh (2025). Views On Islamic Accounts For Forex Online Trading: Literature Analysis: Pandangan Hukum Terhadap Akaun Islamik Bagi Perdagangan Forex Atas Talian: Analisis Literatur. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 34(1), 33–48. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/9222289-99441025-33https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26178https://al-qanatir.com/aq/article/view/922/767Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, Volume 34 Issue 1 Page (33–48)Perdagangan matawang asing atau dikenali sebagai forex dalam talian kini semakin meluas dan menjadi ikutan anak muda masa kini. Artis, pempengaruh media sosial turut mempromosikan perdagangan ini di lamansosial mereka. Ia menarik ramai anak muda untuk menyertai aktiviti tersebut. Berdasarkan fatwa yang dikeluarkan mengenai pengharaman forex atas dasar riba maka syarikat broker berlumba-lumba untuk menawarkan akaun forex tanpa riba atau dikenali sebagai akaun forex Islamik. Namun begitu, terdapat beberapa isu Syariahyang masih timbul meskipun akaun tersebut telah menghapuskan elemen riba. Beberapa cendekiawan Islam menggariskan elemen yang perlu dipatuhi untuk menjadikan perdagangan tersebut patuh Syariah. Perbincangan dan perdebatan mengenai status akaun forex yang ditawarkan tersebut semakin meluas.Kajian ini menganalisispandangan cendekiawan serta isu Syariahyang berpotensi timbul dari aktiviti perdagangan forex Islamik. Kaedah kualitatif telah digunakan bagi mencapai objektif kajian dengan menjalankan temu bualbersama ahli kewangan Syariahserta kajian perpustakaan. Hasil kajian ini menunjukkan dengan sekadar menghapuskan elemen riba ia tidak menjadikan akaun forex Islamik tersebut sah sepenuhnya disisi Islam. Broker forex juga mestilah mempunyai penasihat Syariah, yang berkredibiliti untuk menganalisa setiap kontrak yang terdapat dalam setiap transaksi yang dibuat oleh pedagang bersama justifikasinya. Implikasi kajian ini secara umumnya untuk pedagang muslim yang sudah lama menceburi bidang ini dan para pedagang yang baru mahu berjinak dengan dunia perdagangan forex.msAkaun forex IslamikForex halalMeta Trader 4Akaun tanpa swapBay' al-ṢarfPandangan Hukum Terhadap Akaun Islamik Bagi Perdagangan Forex Atas Talian: Analisis LiteraturViews On Islamic Accounts For Forex Online Trading: Literature Analysistext::journal::journal article::research article3348341