Mohammad Abu BakarMohd Aderi Che Noh2024-05-282024-05-2820222022-12-172289-7356https://drive.google.com/file/d/19jmusCjwDwHwrZ9cxoKl_rhpk9B6Q1sh/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4265Volume : 17Pengajaran dan pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardhu Ain yang berkesan dapat direalisasi melalui amalan pedagogi pengajaran yang berkualiti. Guru Pendidikan Islam Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (GPI KAFA) perlu berperanan dalam meningkatkan tahap pedagogi pengajaran berasaskan pemikiran Islam. Peningkatan ilmu dalam pedagogi pengajaran ini mampu membina jajaran baru dalam pedagogi Pendidikan KAFA. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen amalan pengajaran, kemahiran pengajaran, kemahiran komunikasi dan personaliti dalam kalangan GPI KAFA. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan memperolehi data melalui kutipan data soal selidik. Kajian ini telah melibatkan 104 orang GPI KAFA di negeri Selangor. Statistik deskriptif iaitu min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai digunakan bagi melapor dapatan kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa min pada keempat-empat konstruk berada pada tahap tinggi; amalan pengajaran (min:4.53, sp:0.370), kemahiran pengajaran (min:4.27, sp:0.366), kemahiran komunikasi (min:4.69, sp:0.463) dan personaliti (min:4.69, sp:0.366). implikasi daripada kajian ini ialah peningkatan kepada kemahiran pedagogi dan kecekapan sosial dalam pengajaran. Kajian ini memberi kesan positif serta menjelaskan kepentingan dalam memperkasa GPI KAFA melalui keperluan latihan dan kemahiran pedagogi yang berterusanotherPedagogi Pengajaran; Amalan Pengajaran; Kemahiran Pengajaran; Kemahiran Komunikasi, Personaliti GuruTahap Amalan Kemahiarn serta Personaliti Guru Pendidikan Islam Kelas Al-quran dan Fardhu AinLevel of Practice, Skills and Personality of Islamic Education Teachers of Al-Quran and Fardhu Ain (Gpi Kafa)Article11017Nov