Noor Munirah Isa2025-12-222025-12-222025Noor Munirah Isa. (2025). Daging Kultur dan Tanggungjawab Etika Muslim: Refleksi Berdasarkan Panduan Al-Quran. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 416–428. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28307International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Dalam konteks kebimbangan global terhadap perubahan iklim, pengurangan sumber semula jadi, dan risiko kesihatan awam, daging kultur berpotensi sebagai sumber protein alternatif yang lestari. Namun, penyelesaian berasaskan teknologi ini membangkitkan persoalan tentang bagaimana prinsip Islam dapat dijadikan panduan dalam membuat pertimbangan etika terhadap pengambilan daging dalam era teknologi makanan baharu. Kajian ini meneroka bagaimana lima tanggungjawab etika Muslim yang digariskan dalam al-Quran dapat dijadikan panduan dalam membuat pertimbangan terhadap pengambilan daging, khususnya dalam konteks cadangan teknologi makanan baharu seperti daging kultur. Lima tanggungjawab tersebut ialah: (1) memilih makanan yang halal dan baik, (2) mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan (3) menjaga kebajikan haiwan, (4) mengelakkan kemudaratan, dan (5) memelihara alam sekitar. Walaupun berpotensi mendatangkan kebaikan, penghasilan daging kultur belum dapat sepenuhnya dikatakan selari dengan tanggungjawab etika yang digariskan oleh Islam. Kajian lanjut diperlukan untuk menilai kesannya terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Dalam menghadapi isu kelestarian makanan, pendekatan yang lebih seimbang diperlukan. Umat Islam perlu mengamalkan kesederhanaan dan mempertimbangkan semua tanggungjawab etika yang digariskan dalam al-Quran tanpa terlalu bergantung kepada penyelesaian berasaskan teknologi semata-mata.msDaging kulturEtikaIslamKelestarianMaqasidMeat cultureEthicsSustainabilityDaging Kultur dan Tanggungjawab Etika Muslim: Refleksi Berdasarkan Panduan Al-Qurantext::conference output::conference proceedings::conference paper416428