Khairul Akmaliah AdhamMohd Fuaad SaidNur Sa’adah MuhamadMahadir IbrahimShahrizin Abdul Sarhadat2024-05-282024-05-2820232023-10-18Adham, K. A., Said, M. F., Muhamad, N. S., Ibrahim, M., & Abdul Sarhadat, S. (2023). Pelaksanaan Strategi Berasaskan Inovasi ke Arah Transformasi Organisasi dan Masyarakat: Kajian Kes Majlis Amanah Rakyat. Jurnal Pengurusan, 68, –. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-68-060127-271310.17576/pengurusan-2023-68-06https://www.ukm.my/jurnalpengurusan/article/pelaksanaan-strategi-berasaskan-inovasi-ke-arah-transformasi-organisasi-dan-masyarakat-kajian-kes-majlis-amanah-rakyat/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7503Volume 68Para sarjana dalam bidang ekonomi dan pengurusan telah sekian lama mengiktiraf kepentingan inovasi terhadap pembangunan organisasi dan peningkatan kekayaan dalam masyarakat. Namun, kajian mereka banyak tertumpu kepada aspek hasil inovasi dalam bentuk produk atau perkhidmatan, manakala perbincangan tentang strategi berasaskan inovasi yang didukung sepenuhnya oleh sesebuah organisasi kurang diberi perhatian. Walhal, pendukungan ini penting kerana organisasi yang berhasrat untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi perlu melalui proses penerapan nilai berinovasi dalam keseluruhan proses dan aktiviti organisasi. Jurang pengetahuan ini perlu diatasi lebih-lebih lagi dalam konteks negara membangun seperti Malaysia yang berhasrat untuk mencapai status negara maju yang seimbang dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial. Justeru, kajian kes kualitatif ini dijalankan bagi memahami konsep strategi berasaskan inovasi serta pelaksanaannya dalam organisasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menerapkan pelan strategi berasaskan inovasi yang dinamakan ‘Kerangka Transformasi Strategik MARA 2011-2020’. Pelaksanaan strategi ini menjadi asas bagi MARA sebagai sebuah organisasi sosial untuk meneruskan misi utamanya untuk menerajui bidang keusahawanan dan pendidikan masyarakat Bumiputera di Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa. Kajian ini menjana suatu kerangka pelaksanaan baharu bagi strategi berasaskan inovasi untuk organisasi, yang bukan sahaja memperkayakan ilmu bidang pengurusan tentang pelaksanaan inovasi sebagai suatu strategi organisasi yang mampan dan cemerlang, malah boleh menjadi asas pemikiran kepada amalan dalam mentransformasi organisasi serta masyarakat untuk kesejahteraan bersama.otherStrategi; inovasi; transformasi; nilai; pengurusan organisasi; MARA; Majlis Amanah Rakyat; masyarakatPelaksanaan Strategi Berasaskan Inovasi ke Arah Transformasi Organisasi dan Masyarakat: Kajian Kes Majlis Amanah RakyatImplementation of Innovation-based Strategy for Organizational and Societal Transformation: A Case Study of Majlis Amanah RakyatArticle115681