Nur Amirah Nadiah Mustapa KamalNoorafini KassimHaryantie Gopoit2024-11-122024-11-122024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24769E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACETahap motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa asing merupakan faktor penting yang mempengaruhi keberhasilan penguasaan bahasa, termasuk bahasa Sepanyol. Motivasi yang tinggi dapat memudahkan proses pembelajaran, meningkatkan minat, dan menjadikan pengalaman belajar lebih menyeronokkan dan bermakna. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap motivasi pelajar bahasa asing terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi tersebut. Menggunakan pendekatan kuantitatif, seramai 100 daripada 150 orang pelajar prasiswazah yang mengambil kursus bahasa Sepanyol telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan skala Likert 1 hingga 5. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar secara keseluruhan adalah sangat tinggi, dengan min melebihi 4.00 bagi kebanyakan item soal selidik. Pelajar menunjukkan motivasi yang signifikan terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol, terutama kerana keyakinan bahawa penguasaan bahasa ini akan memberi manfaat kepada kerjaya dan perjalanan ke luar negara, dengan min tertinggi dicatatkan pada 4.66. Walau bagaimanapun, pelajar lebih cenderung kepada pembelajaran bersemuka di dalam kelas, dengan min 4.29, manakala keyakinan terhadap pembelajaran dalam talian adalah sederhana dengan bacaan min 3.19. Dapatan ini mencerminkan bahawa pelajar masih memerlukan sokongan pembelajaran berstruktur melalui kaedah tradisional untuk mengekalkan tahap motivasi yang tinggi. Kajian ini memberikan pandangan penting untuk menyusun strategi pengajaran yang lebih efektif bagi meningkatkan motivasi dan penguasaan bahasa Sepanyol di kalangan pelajar.msMotivasi pelajarpembelajaran bahasa asingbahasa Sepanyolpelajar prasiswazahTahap Motivasi Pelajar Bahasa Asing Terhadap Pembelajaran Bahasa Sepanyoltext::conference output::conference proceedings::conference paper