Alif Aiman KamaruzamaMuhammad Adam BaharinHasnizam HashimIntan Nadia Ghulam KhanHaliza A Shukor2026-01-062026-01-062025Alif Aiman Kamaruzaman, Muhammad Adam Baharin, Hasnizam Hashim, Intan Nadia Ghulam Khan & Haliza A. Shukor. (2025). Krisis Ekonomi Sebagai Faktor Keganasan Rumah Tangga Terhadap Suami: Suatu Tinjauan Terhadap Mekanisme Penyelesaian Menurut Perundangan Islam dan Peranan Institusi Berkaitan di Malaysia. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 519-533. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/221https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/221https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28369Ramai yang menganggap bahawa keganasan rumah tangga berlaku secara satu hala, iaitu penderaan suami terhadap isteri. Namun, di sebalik tanggapan tersebut, wujud realiti yang jarang diperkatakan. Penderaan dalam rumah tangga tidak terhad kepada satu pihak sahaja, malah turut melibatkan isteri terhadap suami, sama ada dalam bentuk fizikal, emosi atau psikologi sebagaimana yang dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa. Dalam konteks dunia yang sedang berdepan dengan cabaran ekonomi termasuk Malaysia iaitu peningkatan kos sara hidup, kadar inflasi yang tinggi serta ketidaktentuan ekonomi telah memberi tekanan besar kepada institusi keluarga khususnya terhadap tanggungjawab suami sebagai pemimpin keluarga dan penyumbang utama kepada kestabilan ekonomi rumah. Fenomena keganasan rumah tangga terhadap suami ini kurang mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan kurang dibincangkan sedangkan ia berlaku. Statistik yang diperoleh juga menunjukkan bahawa antara punca utama kejadian ini berpunca daripada isu nafkah dan tekanan kewangan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi meneliti bagaimana Islam melihat keganasan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami serta peranan institusi berkaitan dalam mengatasi perkara ini. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif berasaskan analisis konseptual terhadap sumber fiqh klasik dan kontemporari, jurnal akademik, laporan akhbar serta data institusi berkaitan bagi merungkai permasalahan tersebut. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membuka ruang kesedaran baharu bahawa keganasan terhadap suami juga merupakan satu bentuk kezaliman yang mesti ditangani secara adil dan berhemah menurut prinsip Fiqh Islam dan Maqasid al-Syariah demi memelihara kesejahteraan keluarga serta keharmonian masyarakat dalam suasana ekonomi semasa negaramsDomestic violencehusbandeconomic crisisIslamic JurisprudenceIslamic InstitutionsMalaysia.Keganasan rumah tanggasuamikrisis ekonomiFiqh IslamInstitusi IslamMalaysiaKrisis Ekonomi Sebagai Faktor Keganasan Rumah Tangga Terhadap Suami: Suatu Tinjauan Terhadap Mekanisme Penyelesaian Menurut Perundangan Islam dan Peranan Institusi Berkaitan di Malaysiatext::conference output::conference proceedings::conference paper519533