Salman bin Zainal Abidin2024-05-302024-05-302022Zainal Abidin, S. (2022). Kritikan Muhammad Sa‘Id Ramadan Al-Buti Terhadap Orientalis Dalam Fiqh Al-Sirah Al-Nabawiyyah. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 386–395. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/38eISSN: 2756-8156https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/38/9https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/173288TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah StudiesMuhammad Sa‘id Ramadan al-Būṭīadalah antara cendekiawan Muslim ulung yang terkenal dengan karya-karya dalam pelbagai disiplin ilmu pengajian Islam. Antara karya beliau yang seringkali mendapat perhatian para ahli akademik ialah Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah. Walaupun al-Buti tidak memuatkan kronologi perjalanan hidup nabi Muhammad sallallahu ‘alaihiwasallam secara terperinci, namun kekuatan utama Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah terletak kepada huraian hikmah dan pengajaran yang dikemukakan oleh al-Butiterhadap kebanyakan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Huraian yang sarat dengan elemen-elemen akidah, fikah dan siasah menjadikan Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah sebuah karya unik yang diminati oleh para pengkaji. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu yang dibangkitkan oleh orientalis yang mengundang kritikan al-Buti Kaedah yang diaplikasikan dalam artikelini adalah analisis teks yang memfokuskan kepada Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah di samping karya-karya penulisan beliau yang lain. Hasil kajian merumuskan bahawa al-Butitidak hanya mengkritik pendirian-pendirian orientalis terhadap isu-isu yang dibangkitkan, bahkan mengemukakan hujah-hujah yang tuntas bagi menjawab syubhah-syubhah yang dibangkitkan oleh orientalisotheral-Buti, Orientalis, kritikan, syubhah.Kritikan Muhammad Sa‘Id Ramadan Al-Buti Terhadap Orientalis Dalam Fiqh Al-Sirah Al-NabawiyyahArticle386395