Maznah binti SallehMohd Zahuri bin KhairaniYakup bin Mohd Rafee2024-05-302024-05-302024Maznah Salleh, Mohd Zahuri Khairani, & Yakup Mohd Rafee. (2024). Pembangunan Aplikasi Did-ART Sebagai Penambahbaikan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Seni Lukisan Sekolah Menengah. E-Proceeding Postgraduate Research Conference, 36–38. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf978-629-7636-27-6https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16314E-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda, Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak Organized by: Faculty of Leadership and ManagementPenyampaian pengajaran menggunakan kaedah konvensional dianggap sudah tidak sesuai dengan keperluan murid generasi Z, dan ia tidak memadai untuk membekalkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam pendidikan abad ke-21. Saat ini, komputer, perisian, dan layar elektronik mampu meningkatkan kaedah penghasilan karya seni. Melalui integrasi seni dengan teknologi terkini, kita dapat mencipta pelbagai disiplin seni yang memberikan pelbagai pilihan kepada generasi akan datang. Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kini dapat mendorong murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif. Seni lukisan memegang peranan penting sebagai landasan dalam pelbagai disiplin seni seperti seni bina, seni arca, seni catan, dan seni cetakan. Objektif kertas konsep ini adalah untuk mengkaji pembangunan aplikasi berasaskan android dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual, dengan tumpuan khusus pada topik Seni Lukisan sebagai satu alat yang menyokong inovasi dalam PdP. Kajian ini akan melibatkan kaedah Penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (PRP). Dalam fasa analisis keperluan, kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik akan digunakan. Manakala dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, pengkaji akan memanfaatkan Kaedah Analisis Kandungan dalam fasa reka bentuk, dan Kaedah Fuzzy Delphi dalam fasa pembangunan. Selanjutnya, dalam fasa penilaian, kaedah temu bual separa berstruktur dengan pengguna akan digunakan. Dapatan fasa 1 menunjukkan terdapat keperluan membangunkan aplikasi untuk Seni Lukisan. Aplikasi yang sedang dibangunkan ini akan membantu mencapai tujuan KPM untuk menghasilkan individu yang berdaya saing, kreatif, dan inovatif sejajar dengan perkembangan industri 4.0. Selain itu, aplikasi ini akan menjadi landasan teknologi yang memfasilitasi pertumbuhan ilmu pengetahuan dalam era ke-21 ini.otherPenyelidikan reka bentuk dan pembangunan (PRP), pembangunan aplikasi, Pendidikan Seni Visual (PSV), seni lukisanPembangunan Aplikasi Did-ART Sebagai Penambahbaikan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Seni Lukisan Sekolah MenengahDevelopment Of Did-ART Applications As An Improvement Of Teaching And Learning Methods For Secondary School Drawing ArtsArticle3638