Suraiya OsmanMuhammad Hazim Bin AhmadAbdullaah Jalil2024-05-292024-05-2920192232-0431http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/84https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14078Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kedudukan dan perspektif syariah terhadap penggunaan unsur Islam dalam perniagaan. Tinjauan terhadap perspektif Islam merangkumi dalil-dalil yang disepakati daripada Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’, Qiyas, dan juga kaedah Sad Az-Zarai’, maqasid syariah, fatwa-fatwa dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kepustakaan menggunakan pedekatan analisa terhadap dalil-dalil dari sumber yang disepakati dan tidak disepakati, serta pelbagai hujah sokongan daripada kitab-kitab syariah yang muktabar, artikel-artikel berkaitan yang diterbitkan dari dalam dan luar negara dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting beserta perinciannya bagi setiap permasalahan yang timbul berkaitan dengan isu penggunaan unsur agama Islam dalam perniagaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan eksploitasi agama Islam sama ada eksploitasi terhadap Al-Quran mahupun As-Sunnah adalah sesuatu yang diharamkan dan wajib ditegah oleh pihak-pihak berautoriti kerana hal ini boleh menimbulkan fitnah terhadap agama Islam, dapat memudaratkan kesihatan, bahkan dapat menggoyahkan pegangan akidah seseorang Muslim sekiranya terlalu bergantung dan mempercayai terhadap kehebatan-kehebatan produk yang dilabelkan dengan unsur-unsur agama. Oleh yang demikian, aktiviti ini perlu dibendung bagi menjaga kesucian agama Islam.otherEksploitasiIslam dan makanan SunnahPenggunaan Unsur Islam Dalam Perniagaan: Analisa Dari Perspektif SyariahThe Use of Islamic Element in Business: Syariah AnalysisArticle3951171