Nurul Saadah Mohammad ZainiAnuar HasinRobiatul Adawiyah Mohd @ Amat2025-12-182025-12-182025Nurul Saadah Mohammad Zaini, Anuar Hasin,Robiatul Adawiyah Mohd. (2025). Analisis Kritis Terhadap Metodologi Pengajaran Tarannum Al-Quran di Malaysia. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 593–600. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28292International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Kelas pengajian tarannum al-Quran di Malaysia yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang ini menunjukkan peningkatan ketara sejajar dengan pertumbuhan minat masyarakat terhadap seni bacaan al-Quran. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis kaedah pengajaran tarannum al-Quran yang digunakan oleh beberapa tokoh tarannum di Malaysia dengan tujuan mengenal pasti kaedah pengajaran yang menjadi asas bersama dalam pengajaran mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis teks terhadap kajian-kajian lepas yang meneliti metodologi pengajaran tokoh-tokoh tersebut. Hasil analisis menunjukkan wujud persamaan dan perbezaan dalam pendekatan pengajaran antara tokoh, namun secara keseluruhannya dapat dirumuskan tujuh elemen utama dalam pengajaran tarannum al-Quran iaitu; (1) motivasi sebelum memulakan bacaan; (2) pengenalan teori suara dan tarannum; (3) pengurusan vokal dalam bacaan al-Quran; (4) seni dalam penyampaian tarannum; (5) pengulangan bacaan; (6) penilaian guru; (7) penggunaan teknologi. Kajian ini menyumbang kepada pengukuhan pemahaman terhadap pendekatan pedagogi tarannum al-Quran yang diamalkan oleh tokoh-tokoh ilmu tarannum di Malaysia, di samping menyediakan asas kukuh bagi pembangunan model pengajaran tarannum bersepadu yang lebih sistematik, komprehensif dan relevan dengan keperluan semasa pendidikan al-Quran.msTarannum al-QuranMetodologi PengajaranTokoh Qari MalaysiaTeaching MethodologyFamous Malaysian QariAnalisis Kritis Terhadap Metodologi Pengajaran Tarannum Al-Quran di Malaysiatext::conference output::conference proceedings::conference paper593600