Nurul Suhaina ZuriMuliyati TimbangMohd Alizan Alias2024-09-042024-09-042024Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker, & Ihab Ahmed Ra’uf Awais (Eds.). (2024). In 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024) (pp. 1–501).https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22329E-Proceeding of 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024): “Communication & Digitisation in Madani Society”/ Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker & Ihab Ahmed Ra’uf Awais. 5th March 2024 Organized by : Faculty of Leadership & ManagementKalimah syahadah merupakan asas utama dalam agama Islam kerana ia adalah pintu masuk ke dalam agama Islam dan merupakan kalimah pertama dan utama yang perlu diucapkan oleh seorang muslim. Oleh itu, kalimah syahadah ini perlu dikuasai oleh individu sejak kecil lagi. Rentetan itu, mata pelajaran akidah telah diajar kepada murid-murid sekolah rendah dan terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam pada bab akidah. Akan tetapi, masih terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kalimah syahadah dengan baik walaupun sudah diajar secara lisan dan tulisan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kalimah syahadah dengan mudah melalui penerapan Teknik pergerakan ‘Dinamik Syahadah’. Kajian ini dilakukan ke atas sepuluh orang kanak-kanak Bajau Laut yang terlibat dengan program Madrasah Terapung Community and Research Based Education, IPGM Kampus Tawau. Kanak-kanak Bajau Laut tersebut berusia lingkungan umur tiga hingga lima belas tahun yang terdiri daripada dua orang kanak-kanak lelaki dan lapan orang kanak-kanak perempuan. Kajian ini bertempat di Pulau Mabul Semporna, Sabah. Dapatan kajian memberi impak positif kerana hampr semua peserta kajian dapat menguasai kalimah syahadah dengan baik dan lancar. Ringkasnya, penerapan gerak geri yang diajar dalam teknik ‘Dinamik Syahadah’ dapat menguasai kalimah syahadah dengan baik dan lancer. Ringkasnya, penerapan gerak geri yang diajar dalam teknik ‘Dinamik Syahadah’ dapat meningkatkan lagi tahap ingatan dan penguasaan mereka terhadap kalimah syahadah. Sebarang penambahbaikan dan cadangan akan diusulkan bagi memantapkan lagi penguasaan kalimah syahadah seawal usia kanak-kanak.mspenguasaan kalimah syahadahpenerapan gerak geridinamik syahadahMeningkatkan Penguasaan Pengucapan Kalimah Syahadah dengan Menggunakan Kaedah Dinamik Syahadahtext::conference output::conference proceedings::conference paper