Haliza A. ShukorNazura Abdul Manap2024-05-282024-05-2820171230-7https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6650Malaysia telah memperkenalkan undang-undang domestik berkaitan persaingan pada tahun 2010 yang berkuatkuasa sejak tahun 2012. Pembangunan Undang-Undang Persaingan di Malaysia ialah selaras dengan Pelan Tindakan Ekonomi ASEAN yang ditandatangani pada tahun 2007 yang bertujuan menggalakkan ahli negara-negara ASEAN memperkenalkan Undang-undang Persaingan domestik di negara masing-masing menjelang tahun 2015 bagi menjadikan ASEAN sebagai rantau yang berdaya saing. Hasrat tersebut diteruskan melalui Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 yang antaranya memastikan agar Undang-Undang Persaingan dapat dilaksanakan dengan berkesan di kalangan negara anggota ASEAN berpandukan pada garis panduan ASEAN yang telah dipersetujui. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti mekanisma undang-undang yang digunakan oleh Malaysia bagi tujuan membangunkan Undang-Undang Persaingan domestiknya dan juga menganalisis mekanisma undang-undang yang digunapakai bagi tujuan pelaksanaannya di Malaysia.en-USMekanisma Undang-undang Dalam Membangun Dan Melaksanakan Undang-undang Persaingan Di MalaysiaArticle11311