Zainora binti Daud2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17558E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Ilmu qiraat merupakan ilmu tentang cara-cara sebutan kalimah-kalimah al-Quran dengan perlaksanaan yang disepakati dan diperselisihkan bersandarkan sanad yang ṣaḥīḥ yang diriwayatkan oleh imam-imam qiraat merangkumi ḥadhaf, ithbāt, taḥrīk, taskīn, al-faṣl, al-waṣl dan seumpamanya dari aspek pendengaran. Perkembangan manhaj pengajian ilmu qiraat juga dilihat seiring dengan perkembangan multimedia dan faktor persekitaran seperti isu endemik baru-baru ini, namun masih terpelihara dalam tuntutan displin ilmunya. Namun begitu, kertas kerja ini hanya bertujuaan untuk mengkaji manhaj pengajaran dan pembelajaran Qiraat sejak era Rasullulah SAW hingga zaman pembukuannya. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif dengan menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis kandungan dengan cara mengumpul data-data berkaitan dari kajian-kajian tinjauan melalui buku, artikel jurnal dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa manhaj pengajaran dan pembelajaran Qiraat yang dilaksanakan di zaman Rasulullah SAW dalam bentuk hafazan, talaqqī dan mushāfahah, tikrār, kefahaman serta syarahan. Bahkan pada zaman para sahabat RA sehingga ke sembilan hijrah manhaj ini semakin berkembang sehingga ke bentuk kitābah.otherQiraat, Manhaj, Pengajaran, Pembelajaran, SejarahAnalisis Manhaj Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat: Suatu Sorotan SejarahArticle347358