Norrlaili ShapieeHaslinawati Mohd MustaphaNur Idayu Ah Khaliludin2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16969PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesMatematik dan fizik adalah cabang ilmu aqli yang memainkan peranan penting dalam ilmu naqli. Matematik menyediakan rangka kerja yang sistematik untuk menganalisa fenomena semula jadi dan berupaya menjangka kejadian alam di masa hadapan. Ia digunakan dalam astronomi, geografi, seni bina dan lain-lain. Fizik pula mengkaji sifat semula jadi dan undang-undang pergerakan objek. Fizik memberikan penjelasan tentang bagaimana alam semesta berfungsi melalui pemerhatian dan eksperimen. Kedua ilmu ini digunakan dalam penyelidikan saintifik, pembangunan teknologi dalam bidang seperti telekomunikasi, pengangkutan dan lain-lain. Pakar matematik memodelkan fenomena alam berdasarkan kejadian-kejadian lepas dan menghasilkan nombor-nombor untuk dianalisa oleh ahli fizik. Pakar fizik kemudian mengaitkan hasil analisa dengan sifat-sifat semula jadi dan undang-undang pergerakan objek di alam semesta dan dapat menjangka kebarangkalian fenomena buruk seperti banjir besar, gempa bumi dan taufan. Ilmu matematik dan fizik juga dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang alam semesta serta mengukuhkan kepercayaan terhadap kewujudan Allah sebagai Pencipta Yang Maha Esa. Kesimpulannya, matematik dan fizik menyediakan alat dan kerangka yang diperlukan untuk memahami dan menjelaskan alam semesta berdasarkan wahyu Ilahi, meluaskan pengetahuan tentang ciptaan Allah, dan menguatkan kepercayaan kepada-Nya sebagai pencipta yang sempurna.otherMatematik, Fizik, Ilmu Naqli, Ilmu Aqli, Fenomena Alam,WahyuKepentingan Matematik Dan Fizik Dalam Memahami Alam Semesta Dan Mengukuhkan Akidah Berdasarkan Ilmu WahyuArticle444457