Musa AhmadSyaza AzahariFaszly Rahim2024-05-302024-05-302021-08-17Sempo, M. W., Yabi, S., A.S., Syed Hassan, S. N., & Syamila Sulaiman, N. A. (Eds.). (2021). E-PROSIDING KONVENSYEN KEARIFAN NUSANTARA KE-3 ARIF 2021: “MEMARTABATKAN KEARIFAN MELAYU ISLAM NUSANTARA. https://profile.yru.ac.th/storage/journals/October2021/hYpHDX8r3FVdkhVSEmcn.pdfe-ISBN: 978-967-440-963-0https://fpqs.usim.edu.my/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17524E-PROSIDING KONVENSYEN KEARIFAN NUSANTARA KE-3 ARIF 2021 “MEMARTABATKAN KEARIFAN MELAYU ISLAM NUSANTARA” / Disunting oleh: Muhammad Widus Sempo, Shumsudin Yabi, Abdulloh Salaeh, Syed Najihuddin Syed Hassan, Nurul Athirah Syamila Sulaiman. Anjuran: Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 17 Ogos 2021Senduduk atau nama saintifiknya, Melastoma malabathricum merupakan herba di kalangan masyarakat Melayu dan memainkan peranan penting dalam perubatan tradisi Melayu. Senduduk dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan telah digunakan oleh masyarakat Melayu untuk merawat luka, rawatan selepas bersalin dan pencegahan pembentukan parut kerana jangkitan cacar. Sehingga hari ini, terdapat lebih 700 kertas jurnal yang telah diterbitkan yang membincangkan hasil penemuan kajian saintifik ke atas senduduk. Kebanyakan dapatan kajian adalah menyokong dan seiring dengan amalan perubatan Melayu tradisi menggunakan senduduk. Antara dapatan saintifik menunjukkan pelbagai bahagian pokok senduduk mengandungi antioksida, antibakteria, anti-radang dan imunomodulator. Secara umum, boleh disimpulkan bahawa senduduk adalah tumbuhan yang aktif secara biologi dan ini menjawab mengapa senduduk popular dalam perubatan Melayu tradisi sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Selain itu, ekstrak senduduk boleh juga digunakan sebagai pewarna semulajadi untuk kegunaan dalam industri makanan dan tekstil.enKearifan Masyarakat Melayu Terhadap Pokok Senduduk dan Dapatan Kajian Sainstifik Terhadap Spesies IniArticle207227