Syed Sultan Bee bt. Packeer Mohamed2024-11-182024-11-182024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25021E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEAutisme ialah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti kanak-kanak biasa. Namun begitu, tahap gangguan ini adalah berbeza di antara satu individu dengan individu lain. Dari sudut perubatan, pengidap autisme dikategorikan kepada tiga tahap iaitu ringan, sederhana dan teruk. Rentetan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti hukum pentaklifan syara’ terhadap pengidap autisme dalam ibadat kerana ia melibatkan hak Allah SWT. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengkategorian pengidap autisme menurut fiqh Islam serta mengkaji hukum pentaklifan syara’ ke atas setiap kategori dalam ibadat. Sehubungan itu, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan untuk mengumpul data. Manakala kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang terkumpul. Hasil kajian mendapati bahawa pengidap autisme yang berada pada tahap ringan merupakan mukallaf. Oleh itu, wajib ke atas mereka menunaikan semua ibadat wajib yang diperintahkan ke atas mereka. Manakala pengidap autisme yang berada pada tahap sederhana dan teruk bukan merupakan mukallaf. Oleh itu, tidak wajib ke atas mereka sebarang ibadat. Walaupun begitu, mereka masih lagi perlu diajar dan dilatih untuk menunaikan ibadat. Tanggungjawab ini perlulah diambil oleh wali sama ada ibu bapa atau penjaga mereka.msPentaklifan IbadatPengidap autismeTanggungjawab waliPentaklifan Ibadat Terhadap Pengidap Autisme Menurut Fiqh Islamtext::conference output::conference proceedings::conference paper