Amatillah ’Aqilah binti Mohd ZakiAinul Fitriyah binti Mad Hajat DinZainatul Fathonah binti ShahruddinSukhairu bin Sulaiman2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17698E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandKesenian adalah sebahagian daripada hiburan hasil dari keindahan dalam jiwa manusia. Hal ini telah menjadikan kesenian sebagai salah satu unsur kebudayaan dalam masyarakat sama ada dari segi sistem keagamaan, sistem sosial ataupun sebagai sarana hiburan. Kepelbagaian agama dan bangsa telah melahirkan kesenian yang pelbagai dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman kesenian berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah penting kerana Islam telah menggariskan polisi yang lengkap bukan sahaja dalan perkara ibadah malah meliputi segala aspek kehidupan. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti konsep kesenian sebagai satu budaya dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, pengkaji juga akan mengkaji kesenian yang terdapat dalam Islam seterusya menganalisis prinsip kesenian berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Hasil kajian mendapati bahawa kesenian berpandukan Al-Quran Dan As-Sunnah mampu membimbing masyarakat supaya kesenian tersebut dapat memberi kemaslahatan kepada rakyat dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan nilai-nilai kesenian yang tidak bertentangan dengan Islam. Metodologi kajian ini berbentuk kajian kualitatif dan kepustakaan. Oleh yang demikian, dapat kita fahami bahawa prinsip kesenian Islam merupakan sebuah elemen yang sangat penting disamping dapat memberi pandangan yang lebih jelas berkaitan konsep kesenian dalam Islam.other: Kesenian, Islam, Konsep, Prinsip, Al Quran & As SunnahKonsep Kesenian Islam: Prinsip Kesenian Berlandaskan Al-Quran dan As-SunnahArticle520529