Noor Lizza Mohamed SaidAdnan Mohamed Yusoff2024-05-282024-05-28202027/1/20210127-788Xhttp://www.ukm.my/jcil/wp-content/uploads/2020/12/JCIL-2020-52-Article-2.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4637Volume :5 Issue : 2Merancang dan mengurus harta yang dimiliki adalah amalan yang digalakkan dalam Islam bagi menjamin kesejahteraan kehidupan diri, keluarga, kaum kerabat dan masyarakat Islam umumnya. Hibah adalah salah satu bentuk instrumen yang dapat memenuhi kehendak pemilik harta dalam merancang pelupusan harta kepada individu atau pihak lain yang dikehendakinya berkuat kuasa ketika hidup selain daripada instrumen wakaf dan sedekah. Namun begitu, marad al-mawt menjadi salah satu sekatan yang menyebabkan hibah tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki oleh pemilik harta. Apakah yang dimaksudkan dengan marad al-mawt dan bagaimanakah pandangan fuqaha dalam membincangkan isu ini? Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan ciri-ciri maradal-mawt dari perspektif fuqaha dan undang-undang bertulis di Malaysia. Pandangan dan hujahan fuqaha dianalisis bagi melihat implikasi maradal-mawt ke atas akad hibah yang dibuat oleh pemilik harta serta hikmah di sebalik sekatan tersebut. Kajian mendapati, Islam telah mensyariatkan hibah sebagai salah satu instrumen perancangan dan pengurusan harta bagi memenuhi keperluan hifz al-mal.Ia perlu dilaksanakan ketika pemilik harta berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental. Sekatan hibah ketika marad al-mawt menjadikan akad hibah yang dibuat tertakluk kepada hukum wasiat bertujuan untuk menjaga hak waris-waris pemilik harta selaras dengan keperluan hifz al-mal dalam maqasid syariah.otherHibah, wasiat, marad al-mawt, perancangan dan pengurusan harta, hifz al-mal.Implikasi Marad Al-mawt Ke Atas Akad HibahImplications of Marad Al-Mawt Over Hibah AgreementArticle222852