Siti Fazidatul Zahariah Mat SalehSakinah Abdul MoktiAida Hartini NanSharifah Nurulhuda S Ab LatifSaadiah Mohd2025-12-222025-12-222025Siti Fazidatul Zahariah Mat Saleh, Sakinah Abdul Mokti, Aida Hartini Nan, Sharifah Nurulhuda S Ab Latif , Saadiah Mohd. (2025). Analisis Kritis Qawlan Sadida dan Implikasinya Terhadap Keadilan Sosial. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 278–290. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28318International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep qawlan sadīdā melalui pendekatan munāsabah antara dua ayat yang relevan dalam al-Quran, iaitu surah al-Nisa’ (4:9) dan surah al-Aḥzāb (33:70), dengan objektif membangunkan satu kerangka keadilan sosial yang holistik dan praktikal terhadap cabaran komunikasi serta tadbir urus masa kini. Melalui pendekatan munāsabah, kajian ini mengenal pasti korelasi tematik, kontekstual, dan struktural antara kedua-dua ayat tersebut untuk menggambarkan bagaimana komunikasi yang bertanggungjawab dalam al-Quran boleh dijadikan asas kepada teori keadilan sosial yang relevan dalam konteks kontemporari. Metodologi yang digunakan ialah analisis deskriptif-analitik secara tekstual dan kontekstual, disokong oleh kajian tafsir dan semantik yang relevan untuk memahami makna dan konteks ayat dalam al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa qawlan sadīdā tidak hanya merujuk kepada ucapan yang benar dan adil, tetapi juga mencerminkan satu model komunikasi yang mengintegrasikan dimensi vertikal dan horizontal. Dengan merujuk kepada tafsiran para ulama klasik dan kontemporari, kajian ini mengungkapkan bahawa qawlan sadīdā bukan sahaja berbicara tentang prinsip ucapan yang benar, tetapi menunjukkan komunikasi yang bertanggungjawab, adil, dan tepat adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang beretika dan adil. Justeru, kajian ini menegaskan bahawa qawlan sadīda bukan sekadar konsep linguistik, tetapi falsafah dasar keadilan sosial dalam Islam.msQawlan sadīdāsocial justicescience of munāsabahcommunication ethicssocial transformationkeadilan sosialilmu munāsabahetika komunikasitransformasi sosial.Analisis Kritis Qawlan Sadida dan Implikasinya Terhadap Keadilan Sosialtext::conference output::conference proceedings::conference paper278290