Wan Moharani MohammadNurhasma Muhamad SaadMuhammad Marwan Ismail2024-05-282024-05-2820232023-9-29Mohammad, W. M., Saad, N. M., & Ismail, M. M. (2023). Analisis Terjemahan Melayu Berkaitan Emosi Sedih Dalam Majdulin Karya AlManfaluti. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 8 (50), 664-677.0128-164X10.35631/IJEPC.850047http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2023-50-06-47.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7379Volume 8 Issue 50Karya sastera antara lainnya merupakan luahan perasaan seorang sasterawan. Justeru luahan perasaan atau emosi banyak diperhatikan dalam hasil sastera. Terjemahan unsur emosi dalam karya sastera pula memerlukan usaha yang gigih dan pemerhatian yang teliti bagi menyampaikan maksud penulis asal ke bahasa sasaran. Novel Majdulin karya Mustafa Lufti al-Manfaluti, seorang sasterawan Arab moden terkemuka berjaya mempersembahkan pelbagai unsur emosi kepada pembaca. Al-Manfaluti dikenali sebagai al-Adib al-Hazin (sasterawan sedih). Artikel ini bertujuan menganalisis terjemahan Melayu berkaitan emosi sedih yang terdapat dalam novel tersebut. Artikel ini berteraskan kajian kualitatif, analisis deskriptif dan bandingan. Sampel kajian adalah terjemahan Melayu bagi teks terpilih berkaitan dengan emosi sedih dalam novel tersebut. Artikel ini antara lainnya, memanfaatkan pandangan sarjana Islam berkenaan emosi sedih serta prosedur terjemahan Vinay Darbelnet. Didapati bahawa pelbagai prosedur terjemahan dapat dilihat dalam terjemahan berkaitan emosi tersebut dalam novel ini. Diharapkan agar terjemahan sastera mengambil manafaat daripada prosedur terjemahan sebegini khususnya dalam penterjemahan berkaitan aspek emosi sedihotheral-Manfaluti, Arab-Melayu, Emosi, Majdulin, Sedih, TerjemahanAnalisis Terjemahan Melayu Berkaitan Emosi Sedih dalam Majdulin Karya Al-ManfalutiAnalysis of the Malay Translation Related to Sadness in Majdulin by Al-ManfalutiArticle644677850